Malaysia legislation
Section 18
Seksyen 18
Bekalan Elektrik 37
(2)
Suatu lesen boleh pada bila-bila masa digantung atau dibatalkan oleh Suruhanjaya atas pelanggaran mana-mana syarat lesen atau keingkaran membayar apa-apa wang yang terakru kena dibayar di bawahnya, atau jika pemegang lesen berhenti mengerjakan atau mengendalikan pepasangan yang berkenaan dengannya lesen itu telah diberi:
Dengan syarat bahawa, jika lesen telah digantung atau dibatalkan atas alasan bahawa pemegang lesen telah berhenti mengerjakan atau mengendalikan sesuatu pepasangan, pemegang lesen boleh, jika dia berpendapat bahawa dia telah menanggung atau akan menanggung kesusahan tidak wajar disebabkan oleh penggantungan atau pembatalan itu, merayu kepada Menteri terhadap penggantungan atau pembatalan itu, dan keputusan Menteri mengenai rayuan itu adalah muktamad.
(3)
Pemegang lesen tidak berhak kepada pampasan kerana apa-apa kerugian yang disebabkan kepadanya oleh penggantungan atau pembatalan lesen di bawah seksyen ini.
(4)
Apabila tamatnya sesuatu lesen, pemegang lesen hendaklah mengalihkan pepasangan dan kelengkapannya dalam masa tiga bulan dari tarikh penamatan itu, yang kegagalannya hendaklah menjadikan pemegang lesen bertanggungan bagi segala apa jua pun kos yang ditanggung dalam mengalihkannya dan kos itu boleh didapatkan kembali daripada cagaran yang didepositkan
(jika ada) di bawah subseksyen (1).
Sekatan penggunaan untuk maksud yang dinyatakan