Malaysia legislation
Section 20
Seksyen 20
Pengecualian kelengkapan daripada distres dan penahanan
Apabila apa-apa kelengkapan elektrik kepunyaan seorang pemegang lesen telah ditempatkan dalam atau di premis yang tidak dipunyai atau diduduki oleh pemegang lesen bagi maksud
Bekalan Elektrik 39
pembekalan atau penyukatan elektrik, kelengkapan itu tidak boleh dikenakan distres ataupun diambil sebagai pelaksanaan di bawah apa-apa proses mahkamah atau dalam apa-apa prosiding kebankrapan atau ketidaksolvenan terhadap mana-mana orang.