Malaysia legislation

Section 21

of AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990

Seksyen 21

Pendaftaran pepasangan

(1a)

Suruhanjaya hendaklah menyebabkan pemeriksaan dan ujian dibuat dalam tempoh yang ditetapkan dan, jika pepasangan itu memuaskan kehendak Akta ini, hendaklah mengeluarkan atau menyebabkan supaya dikeluarkan Perakuan Pendaftaran dalam bentuk yang ditetapkan.

(2)

Tiada seorang pun boleh memiliki atau mengendalikan sesuatu pepasangan, selain suatu pepasangan yang dikecualikan di bawah subseksyen (1) melainkan jika pepasangan itu didaftarkan pada suatu Perakuan Pendaftaran yang sah.

(3)

Perakuan Pendaftaran hendaklah diserahkan balik oleh pemunya atau pemegang lesen kepada Suruhanjaya untuk dikenselkan jika pepasangan itu tidak dikehendaki untuk digunakan lagi. Selepas itu, jika pemunya atau pemegang lesen ingin mengendalikan pepasangan itu semula, pepasangan tersebut hendaklah dikira dalam segala aspek seolah-olah ia suatu pepasangan baru.

(4)

Suatu Perakuan Pendaftaran boleh dikenselkan mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 53.

(5)

Perakuan Pendaftaran tidak boleh dipindahmilikkan tanpa kebenaran Suruhanjaya.

Undang-Undang Malaysia 40

Akta 447

Pemeriksaan berkala pepasangan