Malaysia legislation

Section 22

of AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990

Seksyen 22

(2)

Sebagai tambahan kepada pemeriksaan berkala semasa pembinaan, pembesaran atau pengubahan dan pemeriksaan terakhir apabila siap, semua pepasangan, semasa dikendalikan, hendaklah tertakluk pada apa-apa pemeriksaan berkala sebagaimana yang ditetapkan.

(3)

Pihak pengurusan atau orang yang menjaga mana-mana pepasangan atau pembinaan, pembesaran atau pengubahan mana-mana pepasangan hendaklah memberi kemudahan dengan sepenuhnya bagi pemeriksaan semasa waktu bekerja.

Pengendali Sistem 22a.  (1)  Menteri boleh, atas syor Suruhanjaya, memberi kuasa atau membatalkan pemberian kuasa mana-mana orang atau sesuatu unit, jabatan atau bahagian yang menjadi sebahagian daripada pemegang lesen untuk menjadi Pengendali Sistem melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.

(2)

Pengendali Sistem hendaklah mematuhi apa-apa peraturan, kod, garis panduan atau arahan berkaitan dengan fungsinya sebagaimana yang dikeluarkan oleh Menteri atau Suruhanjaya, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah Akta ini.

(3)

Pengendali Sistem, semasa menunaikan fungsinya di bawah

Akta ini, hendaklah memastikan kelakuan tidak berdiskriminasi dan pengendalian optimum sistem kuasa itu setakat yang ia tidak menjejaskan kebolehpercayaan, keterjaminan dan keselamatan sistem kuasa itu.

Bekalan Elektrik 41

(4)

Suruhanjaya boleh, dari semasa ke semasa, mengeluarkan kod, garis panduan atau arahan untuk mengasingkan Pengendali

Sistem daripada aktiviti di bawah lesen pemegang lesen itu yang tidak berkaitan dengan fungsinya sebagai Pengendali Sistem.

Pembeli Tunggal 22b.  (1)  Menteri boleh, atas syor Suruhanjaya, memberi kuasa atau membatalkan pemberian kuasa mana-mana orang atau sesuatu unit, jabatan atau bahagian yang menjadi sebahagian daripada pemegang lesen untuk menjadi Pembeli Tunggal melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.

(2)

Pembeli Tunggal hendaklah mematuhi apa-apa peraturan, kod, garis panduan atau arahan berkaitan dengan fungsinya sebagaimana yang dikeluarkan oleh Menteri atau Suruhanjaya, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah Akta ini.

(3)

Pembeli Tunggal, semasa menunaikan fungsinya di bawah

Akta ini, hendaklah memastikan kelakuan tidak berdiskriminasi dan pengendalian optimum sistem kuasa itu setakat yang ia tidak menjejaskan kebolehpercayaan, keterjaminan dan keselamatan sistem kuasa itu.

(4)

Suruhanjaya boleh, dari semasa ke semasa, mengeluarkan kod, garis panduan atau arahan untuk mengasingkan Pembeli

Tunggal daripada aktiviti di bawah lesen pemegang lesen itu yang tidak berkaitan dengan fungsinya sebagai Pembeli Tunggal.