Malaysia legislation

Section 23a

of AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990

Seksyen 23a

Akta 447

Menteri boleh, dari semasa ke semasa, menetapkan standard, spesifikasi, amalan dan langkah yang hendaklah diterima dan diamalkan dan apa-apa perkara lain berkenaan dengan penggunaan elektrik dengan cekap.

Pepasangan hendaklah memenuhi kehendak 23b.  Tiada seorang pun boleh menggunakan atau mengendalikan mana-mana pepasangan melainkan jika pepasangan itu memenuhi kehendak sebagaimana yang ditetapkan berkenaan dengan penggunaan elektrik dengan cekap.

Kelengkapan hendaklah memenuhi kehendak 23c.  Tiada seorang pun boleh mengilang, mengimport, menjual atau menawarkan untuk menjual atau memajakkan mana-mana kelengkapan melainkan jika kelengkapan itu memenuhi kehendak sebagaimana yang ditetapkan berkenaan dengan penggunaan elektrik dengan cekap.

Pendaftaran orang yang memberikan perkhidmatan yang berhubungan dengan penggunaan elektrik dengan cekap 23d.  Tiada seorang pun boleh memberikan apa-apa perkhidmatan yang berhubungan dengan penggunaan elektrik dengan cekap melainkan berdaftar di bawah Akta ini.

Bekalan Elektrik 43