Malaysia legislation

Section 24

of AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990

Seksyen 24

(a)

memberi bekalan elektrik kepada premis itu; dan

(b)

setakat yang perlu bagi maksud itu, mengadakan talian bekalan atau apa-apa loji atau kelengkapan elektrik.

(2)

Jika mana-mana orang menghendaki pembekalan elektrik di bawah subseksyen (1), dia hendaklah memberi suatu notis kepada pemegang lesen yang menyatakan—

(a)

premis yang berkenaan dengannya bekalan itu dikehendaki;

(b)

hari bila bekalan itu dikehendaki dimulakan;

(c)

kuasa maksimum yang dikehendaki pada bila-bila masa;

dan

(d)

tempoh minimum yang selamanya bekalan dikehendaki diberikan.

(3)

Jika pemegang lesen menerima daripada mana-mana orang suatu notis di bawah subseksyen (2) yang menghendakinya memberi bekalan elektrik kepada mana-mana premis dan—

(a)

dia tidak pernah sebelum ini memberikan bekalan elektrik pada premis itu;

(b)

pemberian bekalan itu menghendaki pengadaan talian bekalan atau loji atau kelengkapan elektrik; atau

(c)

hal keadaan lain wujud yang membuatkannya perlu atau suai manfaat baginya berbuat demikian, pemegang lesen hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, selepas menerima notis itu, memberi kepada orang itu suatu notis di bawah subseksyen (4).

Undang-Undang Malaysia 44

Akta 447

(4)

Suatu notis di bawah subseksyen ini hendaklah—

(a)

menyatakan takat yang cadangan yang dinyatakan dalam notis di bawah subseksyen (2) boleh disetuju terima oleh pemegang lesen dan menyatakan apa-apa cadangan balas yang dibuat oleh pemegang lesen;

(b)

menyatakan sama ada harga yang hendak dikenakan oleh pemegang lesen akan ditentukan melalui suatu tarif di bawah subseksyen 26(1), atau melalui suatu perjanjian khas di bawah subseksyen 29(1) dan menyatakan tarif atau terma perjanjian itu yang dicadangkan;

(c)

menyatakan apa-apa pembayaran yang akan dikehendaki supaya dibuat oleh orang itu di bawah subseksyen 27(1);

dan

(d)

menyatakan apa-apa cagaran yang akan dikehendaki diberi oleh orang itu di bawah seksyen 28.

(5)

Dalam seksyen ini dan dalam seksyen 25 hingga 29

Bahagian ini—

(a)

apa-apa sebutan mengenai pemberian bekalan elektrik termasuklah sebutan mengenai penerusan pemberian bekalan sedemikian;

(b)

apa-apa sebutan mengenai menghendaki bekalan elektrik termasuklah sebutan mengenai menghendaki bekalan sedemikian supaya terus diberikan; dan

(c)

apa-apa sebutan mengenai pengadaan talian bekalan atau suatu barang daripada kelengkapan atau loji elektrik adalah sebutan mengenai pengadaan talian atau barang sedemikian sama ada melalui pemasangan talian atau barang yang baru atau melalui pengubahsuaian talian atau barang yang sedia ada.

(6)

Mana-mana orang yang dengan menyalahi undang-undang—

(a)

menghalang, mencegah atau menggalang pembekalan elektrik daripada diberikan oleh pemegang lesen kepada pengguna;

Bekalan Elektrik 45

(b)

menghalang, mencegah atau menggalang pembekalan elektrik kepada mana-mana pengguna daripada dipotong oleh pemegang lesen mengikut Akta ini; atau

(c)

menyebabkan pembekalan elektrik kepada mana-mana pengguna dipotong, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Kekecualian kepada kewajipan membekalkan elektrik