Malaysia legislation

Section 25

of AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990

Seksyen 25

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen 24(1) boleh dikira sebagai menghendaki pemegang lesen memberikan bekalan elektrik pada mana-mana premis jika—

(a)

Paragraph

(i)

bekalan elektrik telah pun diberikan pada premis itu oleh pemegang lesen yang lain; dan

(ii)

bekalan sedemikian diberi sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya menerusi talian bekalan dan kelengkapan atau loji elektrik kepunyaan pemegang lesen;

(aa) premis itu, iaitu suatu premis komersial atau perindustrian—

(i)

terletak di atas tanah tanpa mendapat keizinan pemilik tanah;

(ii)

tidak diluluskan menurut atau melanggar peruntukan

Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171] dan

Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172]; atau

(iii)

bertentangan dengan mana-mana undang-undang bertulis yang lain;

(b)

dia terhalang daripada melakukan sedemikian oleh kerosakan atau kegagalan apa-apa infrastruktur bekalan elektrik, sistem elektrik, kelengkapan atau pepasangan yang di luar kawalannya, atau akibat daripada kebakaran, banjir, tanah runtuh, letupan, kemalangan, kekacauan perindustrian di peringkat negara, darurat, rusuhan, kekacauan awam atau peperangan, atau apa-apa kejadian serupa yang lain yang bukan dalam kawalan pemegang lesen;

Undang-Undang Malaysia 46

Akta 447

(c)

hal keadaan wujud yang, disebabkan oleh apa yang dilakukannya sedemikian, akan atau boleh melibatkannya melanggar apa-apa peraturan di bawah Akta ini; atau

(d)

tidak munasabah mengikut hal keadaan untuknya dikehendaki berbuat demikian:

Dengan syarat bahawa perenggan ini tidak terpakai berhubung dengan bekalan elektrik yang sedang diberikan pada mana-mana premis melainkan jika pemegang lesen telah memberi kepada penduduk atau pemunya, jika premis tidak diduduki, suatu notis tidak kurang daripada tujuh hari kerja mengenai cadangannya memberhentikan bekalan elektrik.

Kuasa untuk menetapkan tarif dan caj