Malaysia legislation

Section 28

of AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990

Seksyen 28

(a)

berkenaan dengan bekalan elektrik; atau

(b)

jika apa-apa talian bekalan atau loji atau kelengkapan elektrik perlu diadakan di bawah subseksyen yang sama berkenaan dengan pengadaan kemudahan sedemikian, dan jika orang itu gagal memberi apa-apa cagaran sedemikian, pemegang lesen boleh, jika difikirkannya patut, menolak untuk memberikan bekalan atau mengadakan talian bekalan atau loji atau kelengkapan elektrik sehinggalah cagaran telah diberi.

(2)

Jika orang itu belum memberi cagaran dalam subseksyen (1)

atau cagaran yang diberi oleh orang itu menjadi tidak mencukupi, pemegang lesen boleh melalui notis menghendaki orang itu, dalam masa tujuh hari selepas penyampaian notis, memberi kepadanya cagaran yang munasabah bagi pembayaran semua wang yang kena dibayar kepadanya berkenaan dengan bekalan itu dan jika orang itu gagal memberikan cagaran sedemikian, pemegang lesen boleh, jika difikirkannya patut, memberhentikan bekalan elektrik sehinggalah cagaran diberi.

Bekalan Elektrik 49

Pemulangan cagaran dengan bunga 28a.  Walau apa pun mana-mana peruntukan lain dalam Akta ini, seseorang pemegang lesen hendaklah membayar kepada seseorang tertakluk pada syarat dan pada kadar sebagaimana yang ditetapkan sejumlah wang yang bersamaan dengan bunga tahunan atas cagaran yang diberikan di bawah seksyen 28.

Perjanjian pembekalan dengan pengguna 28b.  (1)  Seseorang yang memohon pembekalan elektrik daripada seseorang pemegang lesen selepas tarikh permulaan kuat kuasa

Akta ini hendaklah membuat suatu perjanjian dengan pemegang lesen itu bagi pembekalan elektrik atas terma dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam perjanjian itu sebelum elektrik dibekalkan.

(2)

Suatu perjanjian yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dalam bentuk dan dengan kandungan sebagaimana yang diluluskan oleh Suruhanjaya.

Perjanjian khas mengenai bekalan