Malaysia legislation

Section 2

of AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990

Seksyen 2

Tafsiran

“bahaya” ertinya bahaya kepada kesihatan atau kepada nyawa atau anggota badan manusia kerana renjatan, terbakar, atau kecederaan lain dan termasuklah bahaya kepada harta, pepasangan atau kelengkapan yang diakibatkan oleh penjanakuasaan, penghantaran, pengagihan atau penggunaan elektrik;

“cedera parah” dan “cedera” masing-masingnya mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Kanun Keseksaan [Akta 574];

“dengan curang” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Kanun Keseksaan;

“ditebat” ertinya disaluti atau dilindungi dengan bahan penebat;

“ditetapkan”, melainkan jika dinyatakan selainnya, ertinya ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 53;

“elektrik” ertinya tenaga elektrik atau kuasa elektrik apabila dijana, dikeluarkan, dihantar, diagihkan, dibekalkan atau digunakan bagi apa-apa maksud kecuali bagi maksud penghantaran apa-apa komunikasi atau isyarat;

“faktor kuasa” ertinya nisbah kuasa aktif pada kuasa ketara;

“hidup” atau “bertenaga”, apabila dipakai bagi sesuatu sistem atau mana-mana bahagian sesuatu sistem, ertinya bahawa voltan wujud di antara apa-apa konduktor dengan bumi atau di antara mana-mana konduktor dengan konduktor lain dalam sistem itu;

“infrastruktur bekalan elektrik” ertinya—

(a)

stesen jana kuasa;

(b)

talian bekalan utama dan talian bekalan;

Bekalan Elektrik 11

(c)

pencawang bagi penukaran, pengubahan atau pengawalan elektrik;

(d)

kelengkapan bagi pemeteran, pemantauan atau pengawalan elektrik; dan

(e)

apa-apa dawai, kelengkapan dan laluan termasuk terowong dan lubang atau lain-lain yang digunakan bagi, atau berkaitan dengan, penjanakuasaan, penghantaran, pengagihan atau pembekalan elektrik, pemegang lesen;

“jana kuasa” ertinya mesin berputar daripada apa-apa jenis bagi menukar tenaga mekanik kepada tenaga elektrik;

“jualan” ertinya aktiviti membekal dan menjual elektrik kepada pengguna akhir;

“kawasan bekalan” ertinya kawasan yang dalamnya pihak berkuasa bekalan atau pemegang lesen dibenarkan untuk menjana kuasa dan/atau membekalkan elektrik;

“kelengkapan” termasuklah apa-apa barang bagi maksud seperti penjanakuasaan, penukaran, penghantaran, pengagihan atau penggunaan tenaga elektrik atau komunikasi seperti mesin, pengubah, radas, alat penyukat, peranti pelindung, bahan pendawaian, aksesori, produk elektrik, kelengkapan elektrik pengguna dan perkakas;

“kelengkapan elektrik pengguna” ertinya suatu perkakas, produk, dawai, peranti, aksesori atau apa-apa bahagiannya, yang menggunakan elektrik bervoltan rendah yang—

(a)

dijual kepada orang awam; atau

(b)

tidak memerlukan kemahiran khusus dalam pengendaliannya;

“kerja elektrik” ertinya apa-apa kerja yang dilaksanakan atau yang dijalankan pada suatu pepasangan elektrik dan termasuklah pemasangan, pembinaan, pendirian atau pembaikan, pengubahan struktur, penggantian mana-mana bahagiannya, penambahan

Undang-Undang Malaysia 12

Akta 447

apa-apa bahagian padanya atau penjalanan apa-apa kerja bagi maksud penyenggaraannya, tetapi tidak termasuk kerja berhubung dengan—

(a)

pengilangan suatu pepasangan elektrik atau pemasangan dalam proses, atau berkaitan dengan, pengilangannya bagi maksud menghasilkan barang baru; atau

(b)

peminyakan, penggrisan, pembersihan atau pengecatan suatu pepasangan elektrik;

“keselamatan awam” ertinya penghindaran bahaya kepada orang awam, kepada harta awam dan kepada lebuh, rel keretapi, lapangan terbang, pelabuhan, terusan, limbungan, dermaga, pangkalan, jambatan, kerja gas dan perlengkapan serta talian telegraf, talian telefon dan talian pengisyarat elektrik lain yang dipunyai atau dikendalikan oleh Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan

Negeri;

“keselamatan diri” ertinya penghindaran bahaya kepada individu atau kepada harta persendirian;

“Ketua Pegawai Eksekutif” ertinya Ketua Pegawai Eksekutif

Suruhanjaya;

“komunikasi” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588];

“konduktor” ertinya konduktor elektrik yang diatur supaya bersambung secara elektrik dengan sesuatu sistem;

“kualiti kuasa” ertinya ciri-ciri elektrik pada titik yang diberikan pada suatu sistem elektrik, yang dinilaikan dengan membandingkannya dengan suatu set parameter rujukan teknikal seperti magnitud voltan dan arus, frekuensi atau bentuk gelombang;

“lampu awam” ertinya lampu elektrik yang digunakan untuk menerangi mana-mana lebuh atau tempat awam yang lain;

“lebuh” termasuklah apa-apa laluan, jalan, lorong, rua, medan, lapangan, gang, tempat lalu atau tanah lapang, sama ada jalan tembus atau tidak, yang di atasnya orang awam mempunyai hak lalu-lalang dan juga laluan jalan dan laluan jalan kaki di atas mana-mana jambatan awam;

Bekalan Elektrik 13

“lesen” ertinya lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 9 dan termasuklah apa-apa lesen yang dikeluarkan di bawah mana-mana undang-undang lain yang berkuat kuasa sebelum pemasyhuran

Akta ini;

“mati”, apabila dipakai bagi apa-apa sistem atau sebahagian daripada sesuatu sistem, ertinya sistem itu tidak hidup atau bertenaga;

“mengasingkan” ertinya mengenal pasti dan memencilkan aktiviti, aset, kos, hasil dan obligasi perkhidmatan Pengendali Sistem atau Pembeli Tunggal daripada pemegang lesen yang disebut masing-masing dalam seksyen 22a dan 22b melalui pemisahan perakaunan, kewangan atau perundangan atau cara lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya untuk memastikan pengurusan

Pengendali Sistem atau Pembeli Tunggal boleh bertindak secara bebas daripada aktiviti di bawah lesen pemegang lesen dan untuk memudahkan persaingan yang berkesan dan meningkatkan ketelusan dalam pengendalian sistem kuasa;

“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkara-perkara yang berhubungan dengan pembekalan elektrik;

“meter” ertinya apa-apa perkakas, alat, kelengkapan atau peranti yang digunakan bagi maksud mengukur dan merekodkan jumlah tenaga elektrik atau permintaan maksimum atau faktor kuasa atau mana-mana gabungannya;

“motor” ertinya motor daripada apa-apa jenis bagi mengubah tenaga elektrik kepada tenaga mekanik;

“orang diberi kuasa” ertinya orang yang dilantik oleh pihak pengurusan atau pemunya sesuatu pepasangan, atau oleh seorang kontraktor, yang bertindak sebagai ejen untuk dan/atau bagi pihak pengurusan atau pemunya, untuk menjalankan tugas tertentu yang bersampingan dengan penjanakuasaan, penghantaran, pengagihan dan penggunaan elektrik:

Dengan syarat bahawa orang tersebut memiliki kelayakan yang ditetapkan bagi orang yang melaksanakan tugas itu, atau jika tiada kelayakan ditetapkan, adalah kompeten bagi maksud dia diambil kerja dan beban membuktikan kekompetenan terletak pada majikan;

Undang-Undang Malaysia 14

Akta 447

“orang kompeten” ertinya orang yang memegang suatu perakuan kekompetenan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya untuk melaksanakan kerja mengikut sekatan, jika ada, yang dinyatakan dalam perakuan itu;

“pegawai diberi kuasa” ertinya mana-mana pegawai awam atau pegawai Suruhanjaya yang diberi kuasa secara bertulis oleh

Menteri bagi maksud Akta ini;

“Pembeli Tunggal” ertinya mana-mana orang atau sesuatu unit, jabatan atau bahagian yang membentuk sebahagian daripada pemegang lesen yang diberi kuasa di bawah subseksyen 22b(1)

bertanggungjawab bagi pengurusan pemerolehan elektrik dan perkhidmatan yang berkaitan, yang termasuklah perancangan, penjadualan, pemerolehan dan penyelesaian, dan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang ditetapkan;

“pemegang lesen” ertinya orang yang dilesenkan di bawah seksyen 9;

“Pendaftar” ertinya Pendaftar sebagaimana yang ditakrifkan dalam *Kanun Tanah Negara [Akta 56 tahun 1965];

“penebat”, apabila digunakan sebagai kata sifat untuk mencirikan apa-apa bahan, ertinya penebat daripada sekian saiz, kualiti dan binaan yang, mengikut hal keadaan, dapat memberikan perlindungan yang mencukupi terhadap bahaya;

“Pengendali Sistem” ertinya mana-mana orang atau sesuatu unit, jabatan atau bahagian yang membentuk sebahagian daripada pemegang lesen yang diberi kuasa di bawah subseksyen 22a(1)

bertanggungjawab bagi jaminan sistem, perancangan pengendalian, penghantaran unit jana kuasa, pengendalian masa nyata dan pengawalan sistem kuasa dan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang ditetapkan;

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Suruhanjaya Tenaga yang dilantik oleh Menteri di bawah Akta Suruhanjaya Tenaga 2001 [Akta 610];

“penggerak utama” ertinya mesin yang membekalkan tenaga mekanik ke jana kuasa;

*CATATAN—Kanun Tanah Negara [Akta 56 tahun 1965] telah disemak dan dinamakan sebagai

Kanun Tanah Negara [Akta 828] m.b.p 15 Oktober 2020.

Bekalan Elektrik 15

“pengguna” ertinya orang yang dibekalkan dengan elektrik atau yang premisnya pada masa ini disambungkan bagi maksud pembekalan elektrik oleh pihak berkuasa bekalan atau pemegang lesen;

“pengubahan” ertinya pengubahan voltan daripada voltan rendah kepada voltan yang lebih tinggi atau sebaliknya;

“Pentadbir Tanah Daerah” mempunyai erti yang diberi kepada

“Pentadbir Tanah” oleh seksyen 5 Kanun Tanah Negara dan erti

“Pemungut” oleh seksyen 4 Ordinan Tanah Sabah [Sabah Bab 68]

dan bagi Negeri Sarawak, “Pengarah” oleh seksyen 2 Kanun

Tanah Sarawak [Sarawak Bab 81];

“penukaran” ertinya penukaran arus ulang-alik kepada arus terus atau sebaliknya melalui cara statik atau dinamik;

“pepasangan” ertinya keseluruhan mana-mana loji atau kelengkapan di bawah satu pemunyaan atau, jika pihak pengurusan ditetapkan, orang yang menjaga pihak pengurusan itu, yang direka bentuk bagi pembekalan atau penggunaan elektrik, atau kedua-duanya, mengikut mana-mana yang berkenaan; termasuklah penggerak utama, jika ada, berserta dengan semua loji, bangunan dan tanah yang perlu yang berkaitan dengannya, talian paip, talian bekalan, infrastruktur bekalan elektrik, pepasangan elektrik domestik dan bukan domestik dan radas penggunaan, jika ada;

“pepasangan awam” ertinya pepasangan yang dikendalikan oleh pemegang lesen bagi membekalkan elektrik kepada mana-mana orang selain pemegang lesen:

Dengan syarat bahawa pemegang lesen boleh menggunakan elektrik bagi maksudnya sendiri jika penggunaan itu selaras dengan terma lesen;

“pepasangan persendirian” ertinya pepasangan yang dikendalikan oleh pemegang lesen atau pemunya semata-mata bagi membekalkan elektrik kepada dan penggunaannya di atas harta atau premis kepunyaan pemegang lesen atau pemunya itu sendiri, atau, dalam hal seorang pengguna, yang mengambil elektrik daripada pepasangan awam atau pihak berkuasa bekalan, bagi kegunaan hanya di atas harta atau premis kepunyaan pemegang lesen atau pemunya sahaja;

Undang-Undang Malaysia 16

Akta 447

“pihak berkuasa bekalan” ertinya mana-mana pihak berkuasa berkanun yang ditubuhkan oleh Akta Parlimen atau mana-mana undang-undang lain untuk menjanakuasakan dan/atau membekalkan elektrik;

“pihak pengurusan” ertinya orang yang pada masa ini ditugaskan menjaga sesuatu pepasangan;

“produk elektrik” ertinya apa-apa kelengkapan, peranti atau perkakas selain kelengkapan elektrik pengguna;

“rangkaian pengagihan elektrik” ertinya sesuatu sistem atau sebahagian daripada sesuatu sistem pada voltan nominal di bawah 66 kilovolt pada talian atau kabel elektrik, pencawang dan kelengkapan dan bangunan yang berkaitan bagi pengagihan elektrik tanpa mengira sama ada loji jana kuasa bersambung dengan sistem itu;

“rangkaian penghantaran elektrik” ertinya sesuatu sistem atau sebahagian daripada sesuatu sistem pada voltan nominal 66 kilovolt dan ke atas pada talian bekalan utama atau kabel, pencawang dan kelengkapan dan bangunan yang berkaitan yang digunakan bagi menyalurkan elektrik—

(a)

dari suatu stesen jana kuasa ke suatu pencawang;

(b)

dari satu stesen jana kuasa ke stesen jana kuasa yang lain;

(c)

dari satu pencawang ke pencawang yang lain;

(d)

ke atau dari mana-mana titik saling hubungan; atau

(e)

ke pengguna akhir;

“sesalur” ertinya talian bekalan yang menerusinya elektrik dibekalkan atau boleh dibekalkan, sama ada talian itu sedang digunakan atau tidak;

“sistem” ertinya sistem elektrik yang di dalamnya semua konduktor dan kelengkapan disambungkan secara elektrik atau magnet;

Bekalan Elektrik 17

“sistem kuasa” ertinya sesuatu sistem gabungan yang terdiri daripada suatu rangkaian penghantaran elektrik, rangkaian pengagihan elektrik dan stesen jana kuasa yang bersambung dengan rangkaian penghantaran elektrik itu dan termasuklah sebahagian daripada sistem itu;

“stesen jana kuasa” ertinya mana-mana stesen bagi penjanakuasaan elektrik, termasuk apa-apa bangunan dan loji yang digunakan bagi maksud itu, serta tapaknya, dan termasuklah tapak yang dicadangkan untuk digunakan bagi suatu stesen jana kuasa, tetapi tidak termasuk mana-mana stesen bagi pengubahan, penukaran, atau pengagihan elektrik;

“Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Tenaga yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Tenaga 2001;

“talian aerial” ertinya talian bekalan elektrik yang ditempatkan di atas paras bumi dan di tempat terbuka, dan termasuklah talian perkhidmatan;

“talian bekalan” ertinya konduktor atau konduktor-konduktor atau kaedah lain untuk menyampaikan, menghantar atau mengagihkan elektrik, berserta dengan apa-apa selonsong, salutan, penutup, tiub, paip, penebat atau tiang yang mengepungi, mengelilingi atau menopangi konduktor atau kaedah itu atau mana-mana bahagiannya, atau apa-apa bangunan atau kelengkapan yang bersambung dengannya bagi maksud mengubah, menyampai, menghantar atau mengagihkan elektrik;

“talian bekalan utama” ertinya mana-mana talian bekalan voltan tinggi yang atau voltan amat tinggi bagi menghantar elektrik daripada suatu stesen jana kuasa ke stesen jana kuasa yang lain atau ke pencawang dan termasuklah apa-apa bangunan atau bahagian suatu bangunan yang digunakan berkaitan dengan talian bekalan sedemikian;

“tanah Negeri” tidak termasuk tanah rizab dan tanah beri hakmilik;

“tanah rizab” ertinya tanah yang dirizabkan bagi suatu maksud awam, rizab keretapi dan hutan simpan;

“timbang tara” ertinya timbang tara di bawah dan mengikut seksyen 36.

Undang-Undang Malaysia 18

Akta 447

Section 2 — AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990 | mylaw.my