Malaysia legislation
Section 30
Seksyen 30
(2)
Jika pihak-pihak kepada pertikaian itu tidak dapat atau selainnya tidak mencapai suatu persetujuan untuk menyelesaikan pertikaian itu, pihak-pihak itu boleh mencari penyelesaian pertikaian itu melalui suatu jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Suruhanjaya untuk mendengar dan menyelesaikan pertikaian:
Dengan syarat bahawa dalam hal yang difikirkan patut oleh
Suruhanjaya, pertikaian itu boleh ditentukan melalui timbang tara di bawah seksyen 36.
(3)
Amalan dan tatacara yang hendak diikuti apabila menentukan apa-apa pertikaian di bawah subseksyen (2) hendaklah seperti apa yang didapati wajar oleh Suruhanjaya.
(4)
Sementara menanti penentuan apa-apa pertikaian yang berbangkit di bawah seksyen 9e, 17, 24 hingga 29 dan 32 di antara pemegang lesen dan orang yang menghendaki bekalan elektrik, pemegang lesen hendaklah meneruskan pemberian bekalan elektrik sehingga penentuan pertikaian itu.
(5)
Apa-apa perintah di bawah subseksyen (2) boleh termasuk suatu peruntukan yang menghendaki salah satu pihak membayar kos atau perbelanjaan yang dilakukan oleh Suruhanjaya dalam menentukan pertikaian itu.
Pemberitahuan pertikaian dan keputusan mengikat oleh
Suruhanjaya 30a. (1) Mana-mana pihak kepada sesuatu pertikaian boleh, secara bertulis, memberitahu Suruhanjaya mengenai pertikaian yang tidak dapat diselesaikan itu melalui perundingan di bawah subseksyen 30(1).
Bekalan Elektrik 51
(2)
Jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen 30(2) hendaklah hanya bersidang untuk menyelesaikan suatu pertikaian itu jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa—
(a)
suatu persetujuan untuk menyelesaikan pertikaian itu tidak akan tercapai atau tidak akan tercapai dalam masa yang munasabah; dan
(b)
pertikaian itu dan pemberitahuannya bukan sesuatu yang ringan, remeh atau menyusahkan.
(3)
Jawatankuasa boleh menyelesaikan pertikaian itu atas apa-apa terma dan syarat mengikut yang difikirkannya patut.
(4)
Terma dan syarat di bawah subseksyen (3) hendaklah secara bertulis dan disertakan dengan alasan bagi keputusan jawatankuasa itu.
(5)
Keputusan jawatankuasa itu hendaklah disifatkan sebagai keputusan Suruhanjaya dan mengikat pihak-pihak itu.
(6)
Sesuatu keputusan yang dibuat oleh Suruhanjaya di bawah seksyen ini boleh, dengan izin Mahkamah Sesyen, dikuatkuasakan mengikut cara yang sama sebagaimana penghakiman atau perintah yang sama kesannya oleh Mahkamah Sesyen, dan jika izin telah diberikan sedemikian, penghakiman boleh dibuat mengikut terma keputusan Suruhanjaya itu dan seolah-olah keputusan itu ialah penghakiman Mahkamah itu.
(7)
Penghakiman di bawah subseksyen (6) hanya boleh dibuat jika perakuan telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya kepada mana-mana pihak bagi izin untuk dibawa ke Mahkamah bagi penguatkuasaan keputusan itu tetapi tiada perakuan dikehendaki jika suatu tindakan diambil oleh Suruhanjaya di bawah seksyen ini.
Daftar keputusan 30b. (1) Suruhanjaya hendaklah menyenggara suatu daftar bagi semua keputusan yang dibuat di bawah seksyen 30a.
(2)
Daftar itu hendaklah mengandungi—
(a)
nama pihak-pihak kepada pertikaian;
Undang-Undang Malaysia 52
Akta 447
(b)
perihalan am mengenai perkara yang berkaitan dengan keputusan itu; dan
(c)
tarikh keputusan itu.
Pemastian harga maksimum bagi penjualan semula elektrik