Malaysia legislation
Section 32
Seksyen 32
(1a)
Meter hendaklah dipasang, ditentu ukur, diuji, disahkan dan disenggarakan sebagaimana yang ditetapkan atau dengan mengikut mana-mana kod atau garis panduan yang dikeluarkan di bawah Akta ini, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Bekalan Elektrik 53
(2)
Meter hendaklah diadakan oleh pemegang lesen yang membekalkan elektrik, sama ada dengan cara jualan, sewa atau pinjaman.
(3)
Meter hendaklah dipasang pada premis pengguna, pemegang lesen atau Pembeli Tunggal di suatu kedudukan yang hendaklah ditentukan oleh pemegang lesen yang membekalkan elektrik, melainkan jika dalam hal keadaan tertentu adalah lebih munasabah untuk menempatkan meter itu di luar premis atau di suatu kedudukan lain.
(4)
Jika pengguna, pemegang lesen atau Pembeli Tunggal enggan atau tidak mendapatkan bekalan elektriknya menerusi meter yang sesuai yang diadakan dan dipasang mengikut subseksyen (2) dan
(3)
pemegang lesen yang membekalkan elektrik boleh enggan memberikan atau memberhentikan bekalan.
(5)
Bagi maksud seksyen ini, suatu meter ialah meter yang sesuai untuk kegunaan berkaitan dengan apa-apa bekalan elektrik yang tertentu jika ia adalah daripada corak pembinaan yang, dengan mengambil kira terma yang berdasarkannya bekalan itu dikenakan caj, bersesuaian dengan tertentunya bagi kegunaan sedemikian dan boleh termasuk meter prabayar, infrastruktur pemeteran, telepemeteran atau apa-apa cara pemeteran lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.