Malaysia legislation
Section 34
Seksyen 34
(2)
Mana-mana orang yang berasa terkilan dengan keputusan
Suruhanjaya di bawah subseksyen (1) boleh memohon kepada
Menteri bagi pertimbangan semula perkara yang dipertikaikan itu. Permohonan itu hendaklah dibuat secara bertulis dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh keputusan Suruhanjaya, atau dalam apa-apa tempoh lanjut sebagaimana yang dibenarkan oleh
Menteri dalam hal keadaan khas, dan hendaklah mengandungi alasan kilanan itu.
(3)
Apabila menerima permohonan itu, Menteri hendaklah melantik seseorang sebagai wakilnya untuk menerajui dan mengadakan siasatan mengenai perkara itu berserta dengan dua orang lain yang akan dinamakan oleh Menteri sebagai pengapit. Pengapit hendaklah orang yang memiliki kemahiran dan pengalaman dalam bidang elektrik atau bidang khas lain yang diambil dari kalangan orang yang bukan dalam perkhidmatan Suruhanjaya.
(4)
Segala soalan dalam siasatan itu hendaklah ditentukan oleh suatu majoriti anggota yang mengadakan siasatan itu.
(5)
Pada akhir siasatan, orang yang dilantik oleh Menteri di bawah subseksyen (3) hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu ringkasan keterangan berserta dengan keputusan yang telah dicapai, dan Menteri hendaklah menyetuju terima keputusan itu sebagai muktamad dan hendaklah memberitahu semua orang yang berkenaan.
(b)
Mana-mana orang yang kena-mengena dengan perkara yang dirujuk kepada Menteri di bawah subseksyen (2) adalah berhak, apabila dibayar fi yang ditetapkan, kepada suatu salinan ringkasan keterangan dan keputusan yang disebut dalam perenggan (a).
(6)
Orang yang dinamakan oleh Menteri untuk berkhidmat sebagai pengapit adalah berhak menerima apa-apa saraan sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri dari semasa ke semasa.
Kuasa mengadakan siasatan