Malaysia legislation
Section 37
Seksyen 37
(2)
Mana-mana orang yang dengan apa-apa perbuatan atau peninggalan gopoh atau cuai menyebabkan kecederaan atau kerosakan kepada mana-mana orang atau harta berkenaan dengan mana-mana pepasangan atau kelengkapan atau suatu bahagiannya melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
(3)
Mana-mana orang yang mengikut apa-apa cara dengan curang—
(a)
mengambil elektrik;
(b)
mengguna habis elektrik;
(c)
menggunakan elektrik;
(d)
mengubah pinda indeks apa-apa meter atau alat lain yang digunakan di atas atau berkaitan dengan apa-apa pepasangan mana-mana pihak berkuasa bekalan atau mana-mana pepasangan berlesen untuk merekodkan keluaran atau penggunahabisan elektrik; atau
(e)
menghalang apa-apa meter atau alat sedemikian daripada merekodkan dengan sempurnanya keluaran atau penggunahabisan elektrik,
Bekalan Elektrik 63
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
(A)
dikenakan:
(i)
dalam hal pengguna domestik, denda tidak kurang daripada satu ribu ringgit dan tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya; dan
(ii)
dalam hal pengguna bukan domestik, denda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu juta ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya;
dan
(B)
dikenakan bagi kesalahan kedua dan yang berikutnya:
(i)
dalam hal pengguna domestik, denda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya; dan
(ii)
dalam hal pengguna bukan domestik, denda tidak kurang daripada satu ratus ribu ringgit dan tidak melebihi lima juta ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
(4)
Mana-mana orang yang, berlanggaran dengan seksyen 9, menggunakan, mengerjakan atau mengendalikan, atau membenarkan digunakan, dikerjakan atau dikendalikan apa-apa pepasangan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit dan dikenakan denda tambahan tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
(5)
Mana-mana orang yang, berlanggaran dengan seksyen 9, membekalkan elektrik daripada suatu pepasangan kepada atau bagi penggunaan mana-mana orang melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit, dan dikenakan denda tambahan tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Undang-Undang Malaysia 64
Akta 447
(6)
Mana-mana pemegang lesen yang tanpa kebenaran nyata daripada Suruhanjaya membekalkan elektrik atau meletakkan apa-apa talian bekalan atau membina apa-apa kerja elektrik di luar kawasan bekalan yang dinyatakan dalam lesennya melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit, dan mana-mana talian atau kerja tidak dibenarkan sedemikian boleh, selepas sabitan, dialihkan mengikut perintah Suruhanjaya, dan jika perintah itu tidak dipatuhi, kos munasabah bagi pengalihan sedemikian boleh didapatkan kembali daripada pemegang lesen.
(7)
Mana-mana pemegang lesen yang tanpa sebab yang sah gagal mematuhi apa-apa terma atau syarat yang dinyatakan dalam lesen melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan, dikenakan denda tambahan tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
(8)
Mana-mana orang yang gagal atau abai untuk mendaftarkan apa-apa pepasangan di bawah seksyen 21 melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit dan dikenakan denda tambahan tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
(9)
Mana-mana orang yang, tanpa kebenaran yang wajar, memadamkan atau merosakkan apa-apa lampu awam atau merosakkan atau mencacatkan apa-apa tiang, pendakap atau kaedah lain bagi menopangkan suatu lampu awam melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
(10)
Mana-mana orang yang tanpa keizinan sah daripada pihak berkuasa bekalan atau pemegang lesen, mengikut mana-mana yang berkenaan, melekatkan atau menyebabkan dilekatkan apa-apa iklan, bil atau notis atau apa-apa kertas pada atau atas, atau selainnya mencacatkan apa-apa bangunan, tiang atau pendakap atau kelengkapan lain atau kepungannya yang digunakan bagi atau berkaitan dengan apa-apa pepasangan awam melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit.
Bekalan Elektrik 65
(11)
Mana-mana orang yang dengan sengaja atau dengan cuai—
(a)
menyebabkan pembaziran elektrik yang dilencongkan dari aliran perjalanannya yang patut; atau
(b)
memecahkan, menumbangkan, menyebabkan dijatuhkan atau dirosakkan apa-apa talian bekalan, tiang, pancang atau kelengkapan, pepasangan atau mana-mana bahagian daripadanya yang lain, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang bersambung dengan bekalan elektrik, melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
(12)
Tiada seorang pun tanpa kebenaran sah daripada pihak berkuasa bekalan atau pemegang lesen, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh mengusahakan apa-apa kerja atau melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti berhampiran dengan apa-apa pepasangan elektrik atau sebahagian daripadanya yang ditetapkan mengikut cara yang berkemungkinan mengganggu mana-mana pepasangan elektrik atau menyebabkan bahaya kepada mana-mana orang atau harta.
(b)
Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan, apabila disabitkan, denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
(13)
Tiada seorang pun boleh memasang apa-apa pendawaian atau persambungan elektrik pada pendawaian yang ada pada mana-mana premis tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada suatu pihak berkuasa bekalan atau pemegang lesen.
(b)
Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Undang-Undang Malaysia 66
Akta 447
(14)
Mana-mana orang yang merosakkan atau mengalihkan apa-apa meter atau alat lain yang digunakan atas atau berkaitan dengan mana-mana pepasangan berlesen bagi merekodkan keluaran atau penggunahabisan elektrik melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
(15)
Mana-mana orang—
(a)
yang didapati bersalah atas apa-apa kesalahan terhadap
Akta ini yang tiada penalti diperuntukkan secara nyata boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan selepas sabitan;
(b)
yang dengan apa-apa perbuatan atau peninggalan melanggar mana-mana peruntukan di bawah Akta ini melakukan suatu kesalahan dan jika tiada penalti diperuntukkan secara nyata boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
(16)
Bagi maksud subseksyen (3)—
“pepasangan domestik” ertinya pepasangan di rumah kediaman persendirian yang tidak digunakan dalam mana-mana hotel atau rumah tumpangan atau bagi maksud menjalankan apa-apa perniagaan, perdagangan, profesion atau perkhidmatan;
“pengguna bukan domestik” ertinya pengguna elektrik selain pengguna domestik;
“pengguna domestik” ertinya pengguna bagi pepasangan domestik yang dibekalkan atau yang berkaitan dengan elektrik.
Bekalan Elektrik 67
Kesalahan yang dilakukan oleh pertubuhan perbadanan 37a. (1) Jika suatu kesalahan terhadap Akta ini atau perundangan subsidiarinya telah dilakukan oleh sesuatu pertubuhan perbadanan, mana-mana orang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah pengarah, ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai operasi, pengurus, setiausaha atau pegawai serupa yang lain dalam pertubuhan perbadanan itu atau yang berupa bertindak atas sifat sedemikian atau yang mengikut apa-apa cara atau pada apa-apa takat tanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal pertubuhan perbadanan itu atau yang membantu dalam pengurusan sedemikian—
(a)
boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan itu; dan
(b)
jika pertubuhan perbadanan itu didapati telah melakukan kesalahan, hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—
(i)
bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya; dan
(ii)
bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan telah menjalankan usaha yang wajar untuk mencegah pelakuan kesalahan itu.
(2)
Jika mana-mana orang boleh di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, dikenakan apa-apa hukuman atau penalti bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran, dia boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu oleh mana-mana pekerja, pekhidmat atau ejennya, atau pekerja atau pekhidmat ejen itu jika perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu telah dilakukan—
(a)
oleh pekerja atau pekhidmat orang itu dalam perjalanan urusan pekerjaannya;
(b)
oleh ejen itu semasa bertindak bagi pihak orang itu; atau
(c)
oleh pekerja atau pekhidmat ejen itu dalam perjalanan urusan pekerjaannya dengan ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen yang bertindak bagi pihak orang itu.
Undang-Undang Malaysia 68
Akta 447
Kesalahan cubaan dan subahat 37b. Jika mana-mana orang—
(a)
membantu, bersubahat, menolong, menghasut atau mendorong mana-mana orang lain untuk membuat atau membuat bagi pihak seorang yang lain suatu penyata, akaun, pernyataan atau perisytiharan yang salah atau melakukan apa-apa kesalahan yang boleh dihukum di bawah Akta ini; atau
(b)
cuba untuk membuat atau membuat bagi pihak seorang yang lain suatu penyata, akaun, pernyataan atau perisytiharan yang salah atau melakukan apa-apa kesalahan yang boleh dihukum di bawah Akta ini, orang itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dihukum dengan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu di bawah Akta ini dengan syarat bahawa apa-apa tempoh pemenjaraan yang dikenakan tidak melebihi satu setengah daripada tempoh terpanjang yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.
Pemotongan bekalan elektrik