Malaysia legislation
Section 38
Seksyen 38
(14)
, pemegang lesen atau mana-mana orang yang telah diberi kuasa sewajarnya oleh pemegang lesen hendaklah dalam masa tiga hari bekerja dari tarikh dapatan itu memaklumkan Suruhanjaya secara bertulis, dan pemegang lesen itu boleh, dengan memberikan notis tidak kurang daripada empat puluh lapan jam dari tarikh yang sama mengikut apa-apa bentuk sebagaimana yang ditetapkan, menyebabkan bekalan elektrik dipotong daripada premis itu.
(1a)
Walau apa pun mana-mana peruntukan lain dalam Akta ini, jika seseorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Penolong Penguasa memohon kepada suatu pihak berkuasa bekalan atau seseorang pemegang lesen bagi pemotongan
Bekalan Elektrik 69
bekalan elektrik ke mana-mana premis bagi suatu tempoh tidak melebihi satu bulan kalender di bawah seksyen 21a Akta Rumah
Perjudian Terbuka 1953 [Akta 289], pihak berkuasa bekalan atau pemegang lesen itu atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh pihak berkuasa bekalan atau pemegang lesen itu hendaklah dengan serta-merta memotong atau menyebabkan bekalan elektrik dipotong dari premis sedemikian.
(1b)
Apabila menerima apa-apa maklumat di bawah subseksyen (1),
Suruhanjaya boleh menentusahkan perkara itu dan dalam hal jika
Suruhanjaya mendapati bahawa tiada kesalahan telah dilakukan, bekalan elektrik hendaklah disambung semula dengan serta-merta.
(2)
Jika bekalan elektrik telah dipotong di bawah subseksyen (1), ia tidak boleh disambung semula sehinggalah pemegang lesen menurut budi bicaranya memberikan kebenaran bagi penyambungan semula:
Dengan syarat bahawa tempoh pemotongan itu tidak melebihi tiga bulan.
(2a)
Walau apa pun subseksyen (2), jika bekalan elektrik telah dipotong di bawah subseksyen (1a), bekalan itu tidak boleh disambung semula tanpa keizinan bertulis seseorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Penolong Penguasa.
(3)
Pemegang lesen boleh menghendaki pengguna supaya membayar kepadanya bagi kerugian hasil yang disebabkan oleh kesalahan yang dilakukan di bawah subseksyen 37(1), (3) dan
(14)
dan apa-apa perbelanjaan yang munasabah yang dilakukan secara terus oleh pemegang lesen di bawah seksyen ini termasuk perbelanjaan yang dilakukan berkenaan dengan penyambungan semula elektrik mengikut cara sebagaimana yang telah diarahkan oleh Suruhanjaya:
Dengan syarat bahawa dan tertakluk pada subseksyen (4), jika pemegang lesen tidak meneruskan tuntutan bagi kerugian hasil dan perbelanjaan itu di mahkamah, pemegang lesen hanya boleh menuntut terhadap pengguna bagi kerugian hasil dan perbelanjaan tersebut bagi tempoh tidak melebihi enam bulan ke belakang dari tarikh kesalahan itu disedari di bawah subseksyen (1).
Undang-Undang Malaysia 70
Akta 447
(4)
Suatu pernyataan bertulis oleh seseorang pekerja pemegang lesen yang diperakui dengan sempurnanya oleh pemegang lesen atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh pemegang lesen, yang menyatakan—
(a)
amaun kerugian hasil atau perbelanjaan yang munasabah dilakukan oleh pemegang lesen;
(aa) cara pengiraan kerugian hasil dan butiran perbelanjaan; dan
(b)
orang yang bertanggungan bagi pembayarannya, hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai pembayaran yang kena dibuat oleh pengguna di bawah subseksyen (3) dan pernyataan bertulis itu hendaklah diberitahu kepada pengguna dalam masa empat belas hari bekerja atau apa-apa tempoh yang dilanjutkan dengan kelulusan bertulis Suruhanjaya selepas pemotongan itu.
(5)
Amaun yang dinyatakan dalam pernyataan bertulis di bawah subseksyen (4) itu hendaklah, dalam tempoh yang dinyatakan dalam pernyataan itu, menjadi genap masa dan kena dibayar kepada pemegang lesen dan jika tidak dibayar, amaun itu hendaklah didapatkan kembali melalui tindakan sivil di mahkamah.
Liabiliti tidak terjejas