Malaysia legislation
Section 40
Seksyen 40
Beban pembuktian
Dalam apa-apa pendakwaan bagi mana-mana kesalahan di bawah subseksyen 37(3) bukti mengenai—
(a)
kewujudan kaedah-kaedah buatan, sama ada bersendirian atau berserta dengan kaedah-kaedah buatan tambahan yang tidak dijumpai, yang boleh digunakan bagi mengubah, atau memudahkan pengubahan, indeks mana-mana meter atau alat yang digunakan bagi mencatatkan kuantiti elektrik yang dibekalkan;
Bekalan Elektrik 71
(b)
kewujudan kaedah-kaedah buatan, sama ada bersendirian atau berserta dengan kaedah-kaedah buatan tambahan yang tidak dijumpai, yang akan menghalang atau memudahkan penghalangan, mana-mana meter atau alat daripada mencatatkan dengan sempurnanya, kuantiti elektrik yang dibekalkan, atau yang akan memudahkan pengambilan, penggunahabisan, atau penggunaan elektrik dengan curang; atau
(c)
pemasangan apa-apa kaedah mekanik atau kaedah lain pada;
(ii)
ketiadaan atau pengalihan apa-apa bahagian atau sambungan daripada; atau
(iii)
penggangguan apa-apa bahagian atau sambungan, apa-apa radas mengikut hal keadaan yang pemasangan, ketiadaan, pengalihan atau penggangguan itu akan menghalang atau memudahkan penghalangan mana-mana meter atau alat lain daripada mencatatkan dengan sempurnanya kuantiti elektrik yang dibekalkan, atau yang akan memudahkan pengambilan, penggunahabisan atau penggunaan elektrik dengan curang, hendaklah menjadi keterangan prima facie bahawa telah ada pengubahan dengan curang indeks mana-mana meter atau alat, atau penghalangan, pengambilan, penggunahabisan atau penggunaan elektrik dengan curang, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan
(A)
bahawa pengubahan, penghalangan, pengambilan, penggunahabisan atau penggunaan dengan curang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, telah dijalankan oleh—
(a)
orang yang memasang bahagian atau sambungan buatan, mekanik atau apa-apa bahagian atau sambungan lain seperti yang disebut terdahulu;
(b)
orang yang mengalihkan mana-mana bahagian atau sambungan seperti yang disebut terdahulu;
(c)
orang yang mengganggu mana-mana bahagian atau sambungan seperti yang disebut terdahulu;
Undang-Undang Malaysia 72
Akta 447
(d)
pengguna yang menggunakan meter atau alat itu;
(e)
orang yang mempunyai kawalan ke atas pepasangan di mana ia terpasang; atau
(f)
penduduk premis yang padanya meter atau alat itu dipasang; atau
(B)
bahawa orang atau pengguna itu telah bersubahat melakukan kesalahan mengubah, menghalang, mengambil, mengguna habis atau mengguna itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Pampasan kerana kerosakan