Malaysia legislation
Section 44
Seksyen 44
Dalam hal suatu sabitan yang melibatkan denda, mahkamah yang mengenakan denda itu boleh, atas permohonan pegawai yang menjalankan pendakwaan, mengarahkan pembayaran kepada orang yang telah memberi maklumat yang membawa kepada sabitan itu akan apa-apa bahagian denda itu tetapi tidak melebihi setengah daripada denda itu mengikut apa-apa kadar sebagaimana yang difikirkan patut oleh mahkamah.
Penggunaan talian bekalan, dsb., bagi maksud komunikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 44a. (1) Walau apa pun mana-mana peruntukan lain dalam Akta ini dan tertakluk pada peruntukan seksyen ini dan apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan, mana-mana talian bekalan, sebahagian daripada infrastruktur bekalan elektrik, pepasangan, loji atau kelengkapan boleh digunakan bagi maksud komunikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
(2)
Bagi maksud subseksyen (1), Suruhanjaya boleh mengeluarkan kod, garis panduan atau arahan.
(3)
Sebelum dan semasa pengendalian komunikasi, mengikut mana-mana yang berkenaan, pemegang lesen, pemunya atau pengendali pepasangan elektrik bukan domestik, pengguna elektrik dan orang yang dilesenkan di bawah Akta Komunikasi dan
Multimedia 1998 hendaklah mematuhi apa-apa peraturan, kod, garis panduan dan arahan yang disebut dalam subseksyen (1)
dan (2).
(4)
Pemegang lesen, pemunya atau pengendali pepasangan elektrik bukan domestik dan orang yang dilesenkan di bawah
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 hendaklah bertanggungjawab bagi memastikan bahawa penyediaan atau pengendalian komunikasi itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, mematuhi Akta.
Bekalan Elektrik 75
(5)
Mana-mana pemunya atau penduduk suatu pepasangan elektrik di premis kediaman atau pengguna elektrik boleh memilih untuk menjadi pengguna atau selainnya bagi perkhidmatan komunikasi yang disediakan oleh orang yang dilesenkan di bawah
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang hendaklah mendapatkan persetujuan yang nyata daripada pemunya atau penduduk atau pengguna itu sebelum menyediakan perkhidmatan komunikasi.
(6)
Walau apa pun mana-mana peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, mana-mana pemegang lesen atau orang yang dilesenkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
yang tidak mematuhi mana-mana peruntukan seksyen ini melakukan suatu kesalahan.
Bahagian IXa
KUMPULAN WANG INDUSTRI ELEKTRIK
Sumbangan oleh pemegang lesen 44b. (1) Seseorang pemegang lesen hendaklah, jika dikehendaki oleh Menteri di bawah mana-mana peraturan yang dibuat di bawah
Akta ini atau melalui perintah yang disiarkan dalam Warta menurut syor yang dibuat oleh Suruhanjaya, menguntukkan dan membayar ke dalam Kumpulan Wang Industri Elektrik, mengikut apa-apa cara dan pada apa-apa kadar sebagaimana yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan atau perintah itu.
(2)
Atas syor Suruhanjaya, Menteri boleh menggantung atau membatalkan kehendak yang dibuat di bawah subseksyen (1).
Kumpulan Wang Industri Elektrik 44c. (1) Suatu Kumpulan Wang yang dikenali sebagai “Kumpulan
Wang Industri Elektrik” ditubuhkan dan hendaklah ditadbirkan dan dikawal oleh Suruhanjaya.
(2)
Kumpulan Wang Industri Elektrik hendaklah terdiri daripada—
(a)
apa-apa jumlah wang yang diuntukkan dan dibayar oleh pemegang lesen menurut seksyen 44b;
Undang-Undang Malaysia 76
Akta 447
(b)
apa-apa jumlah wang yang diuntukkan oleh Parlimen bagi maksud Kumpulan Wang Industri Elektrik dari semasa ke semasa;
(c)
semua wang yang diperoleh sebagai pendapatan daripada pelaburan yang dibuat daripada Kumpulan Wang Industri
Elektrik, termasuk faedah pendapatan; dan
(d)
semua wang lain yang diterima secara sah oleh Suruhanjaya bagi pihak Kumpulan Wang Industri Elektrik.
(3)
Kumpulan Wang Industri Elektrik hendaklah dibelanjakan bagi maksud yang berikut:
(a)
untuk menguruskan impak tarif elektrik terhadap pengguna;
atau
(b)
apa-apa maksud lain yang berkaitan dengan industri elektrik sebagaimana yang disifatkan perlu oleh
Suruhanjaya.
Pelaburan 44d. (1) Wang dalam Kumpulan Wang Industri Elektrik hendaklah, setakat yang tidak dikehendaki atau tidak dengan serta-merta dikehendaki untuk dibelanjakan oleh Suruhanjaya bagi maksud subseksyen 44c(3), dilaburkan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri dengan persetujuan
Menteri Kewangan.
(2)
Suruhanjaya hendaklah membuka dan menyenggara suatu akaun atau akaun-akaun untuk memegang wang dalam Kumpulan
Wang Industri Elektrik dengan mana-mana bank atau bank-bank di Malaysia sebagaimana yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya, selepas berunding dengan Menteri dan Menteri Kewangan,dan tiap-tiap akaun itu hendaklah dikendalikan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang dibenarkan oleh Suruhanjaya bagi maksud itu dari semasa ke semasa.
Bekalan Elektrik 77
Akaun 44e. (1) Suruhanjaya hendaklah menyebabkan supaya disimpan akaun yang sepatutnya bagi Kumpulan Wang Industri Elektrik dan laporan yang sepatutnya mengenai aktivitinya berkenaan dengan
Kumpulan Wang itu dan hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, selepas berakhirnya tahun kewangan Suruhanjaya, menyebabkan supaya disediakan bagi tahun kewangan itu—
(a)
suatu penyata akaun yang hendaklah termasuk kunci kira-kira dan akaun bagi sumbangan dan perbelanjaan; dan
(b)
suatu pernyataan mengenai aktivitinya.
(2)
Suruhanjaya hendaklah dengan secepat yang dapat dilaksanakan menghantar suatu salinan penyata akaun yang diperakui oleh juruaudit dan salinan laporan juruaudit kepada Menteri yang hendaklah menyebabkannya dibentangkan di hadapan kedua-dua
Majlis Parlimen.