Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Suruhanjaya hendaklah menjalankan fungsi dan tugas seperti yang berikut:
(a)
untuk mengeluarkan lesen di bawah seksyen 9 Akta ini;
(b)
untuk menjalankan fungsi pengawalseliaan berkenaan dengan perkhidmatan mengadakan elektrik oleh pemegang lesen termasuk menentukan standard pembekalan dan perkhidmatan, standard prestasi dan standard kemudahan dan perkhidmatan dan penguatkuasaannya;
(c)
untuk menggalakkan persaingan dalam penjanakuasaan dan pembekalan elektrik untuk, antara lainnya, memastikan pembekalan optimum elektrik pada harga yang munasabah;
(d)
untuk menjalankan fungsi pengawalseliaan berkenaan dengan kepentingan pengguna dan penguatkuasaan berkenaan dengan—
(i)
harga yang akan dikenakan dan syarat lain bagi bekalan elektrik;
(ii)
keberterusan bekalan elektrik;
(iii)
kualiti perkhidmatan bekalan elektrik yang disediakan; dan
(iv)
kualiti bekalan elektrik yang termasuklah kebolehpercayaan dan kualiti kuasa;
(e)
untuk memastikan bahawa segala tuntutan yang munasabah untuk elektrik dipenuhi;
Bekalan Elektrik 19
(ea) untuk mengawal selia aktiviti pemegang lesen supaya semua permintaan yang munasabah bagi elektrik dipenuhi;
(f)
untuk memastikan bahawa pemegang lesen dapat membiayai penjalanan aktiviti yang dibenarkan oleh lesen mereka untuk dijalankan;
(g)
untuk menggalakkan dan menggiatkan penjanakuasaan elektrik bagi tujuan kemajuan ekonomi Malaysia;
(ga) untuk menggalakkan pembangunan dan penyenggaraan sistem yang selamat dan berkesan bagi penjanakuasaan, penghantaran, pengagihan dan pembekalan elektrik kepada pengguna dan penambahbaikan kehendak keselamatan yang berterusan;
(gb) untuk menguatkuasakan standard bagi pepasangan elektrik dan infrastruktur bekalan elektrik pemegang lesen, produk elektrik dan kelengkapan elektrik pengguna;
(h)
untuk mengawal selia lat tempoh dan cara bagaimana apa-apa pepasangan atau kelengkapan elektrik hendak diperiksa;
(i)
untuk mencipta jenis ujian yang akan digunakan dan untuk menetapkan kelayakan dan pengalaman praktik yang minimum bagi apa-apa maksud menurut Akta ini;
(j)
untuk menyiasat apa-apa kemalangan atau kebakaran yang melibatkan apa-apa pepasangan elektrik;
(k)
untuk mengadakan peruntukan, jika perlu, bagi pendaftaran apa-apa pepasangan, orang yang memberikan perkhidmatan yang berhubungan dengan penggunaan elektrik dengan cekap, unit pendawaian persendirian, kontraktor elektrik, kontraktor perkhidmatan elektrik, kontraktor pembaikan elektrik, pengilang dan pengimport, pusat atau institusi latihan dan peperiksaan, badan penilaian pematuhan dan mana-mana orang yang kompeten, sebagaimana yang ditetapkan;
(l)
untuk menetapkan standard dan spesifikasi minimum dan menaksirkan serta meluluskan, jika perlu, apa-apa pepasangan atau kelengkapan elektrik;
Undang-Undang Malaysia 20
Akta 447
(la) untuk menggalakkan penggunaan elektrik dengan cekap;
(lb) untuk mengkaji semula atau mengaudit apa-apa maklumat yang dikehendaki untuk diberikan oleh pemegang lesen kepada Suruhanjaya;
(lc)
untuk mengaudit atau menyebabkan supaya diaudit aktiviti mana-mana pemegang lesen atau mana-mana orang yang ditentukan oleh Suruhanjaya; dan
(m)
untuk menjalankan segala aktiviti lain sebagaimana yang ternyata pada Suruhanjaya adalah dikehendaki, berfaedah atau mudah bagi maksud menjalankan atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsi dan tugasnya di bawah Akta ini.
Pegawai diberi kuasa 4a. (1) Menteri boleh secara bertulis memberi mana-mana pegawai awam atau pegawai Suruhanjaya kuasa untuk menjalankan kuasa penguatkuasaan di bawah Akta ini.
(2)
Mana-mana pegawai itu hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan.
(3)
Dalam menjalankan mana-mana kuasa penguatkuasaan di bawah Akta ini, seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah, apabila diminta, mengemukakan kepada orang yang terhadapnya dia bertindak kuasa yang dikeluarkan kepadanya oleh Menteri.
Kuasa memasuki dengan waran atau selainnya, memeriksa, memeriksa teliti, menyita, dsb.