Malaysia legislation

Section 52

of AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990

Seksyen 52

(2)

Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, tiada seorang pun boleh mengempangkan atau selainnya mengganggu mana-mana sumber air sedemikian tanpa terlebih dahulu menyampaikan kepada pemegang lesen sama ada secara sendiri atau melalui pos berdaftar suatu notis tiga bulan, dalam apa-apa bentuk yang ditetapkan, yang menyatakan kerja yang hendak diusahakannya.

(3)

Pada bila-bila masa sebelum habisnya tempoh masa yang dinyatakan dalam notis itu, pemegang lesen boleh, jika dia mendapati kerja yang disebut dalam subseksyen (2) akan mengganggu secara material fungsinya, melalui notis bertulis yang disampaikan kepada orang itu, sama ada secara sendiri atau melalui pos berdaftar—

(a)

melarang orang itu meneruskan kerja itu; atau

(b)

boleh mengenakan syarat ke atas pengusahaan kerja itu oleh orang itu.

(4)

Mana-mana orang yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil oleh pemegang lesen di bawah subseksyen (3) boleh merayu kepada Pihak Berkuasa Negeri yang keputusannya adalah muktamad.

(5)

Mana-mana orang yang—

(a)

mengempangkan atau selainnya mengganggu mana-mana sumber air yang diisytiharkan di bawah subseksyen (1)

tanpa menyampaikan notis yang dikehendaki oleh subseksyen (2);

(b)

mengusahakan apa-apa kerja yang dilarang di bawah seksyen ini; atau

(c)

gagal mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan di bawah seksyen ini, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit, dan dikenakan denda tambahan tidak melebihi satu ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Undang-Undang Malaysia 88

Akta 447

(6)

Walau apa pun apa-apa perisytiharan yang dibuat di bawah subseksyen (1), tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menyentuh apa-apa lesen yang diberikan tidak kurang daripada dua puluh lima tahun sebelum tarikh perisytiharan itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis untuk melencongkan air dari mana-mana tasik, sungai atau laluan air, bagi maksud suatu pepasangan awam, yang pemegangnya belum, pada pendapat Pihak Berkuasa Negeri, menggunakan dengan munasabah hak yang berbangkit daripada lesen yang berkaitan dengan mana-mana tasik, sungai, laluan air atau bahagiannya yang diisytiharkan sebagai sumber air bagi maksud pepasangan itu.

Jaminan maklumat infrastruktur bekalan 52a.  (1)  Mana-mana pemegang lesen sebagaimana yang diarahkan oleh Suruhanjaya yang menyediakan bekalan elektrik kepada pengguna hendaklah bertanggungjawab bagi memelihara kerahsiaan, keutuhan dan ketersediaan maklumatnya, sistem maklumat dan infrastruktur rangkaian sokongan yang berkenaan dengan kewajipan dan perkara-perkara lain sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta ini.

(2)

Pemegang lesen hendaklah—

(a)

mengambil langkah-langkah yang perlu, mewujudkan dan melaksanakan standard dan menggunakan kawalan jaminan maklumat yang berkaitan untuk menghalang, mengelakkan, meremedikan, mendapatkan kembali atau meletakkan semula maklumat, dokumen, alat atau rekodnya yang disimpan dalam komputernya dan bagi sistem pengendalian komputernya daripada apa-apa risiko—

(i)

ancaman atau akses tanpa kebenaran; dan

(ii)

gangguan atau penyingkiran;

(b)

mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan ketahanan infrastruktur rangkaian sokongannya untuk mengurangkan impak perniagaan terhadap pelbagai ancaman kepada aktiviti di bawah lesennya; dan

Bekalan Elektrik 89

(c)

memastikan bahawa kebolehpercayaan, keberterusan dan kualiti bekalan elektrik, pelaksanaan kewajipannya dan kepatuhan kepada peruntukan Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya tidak terjejas, dan hendaklah melaporkan kepada Suruhanjaya dalam masa yang dinyatakan oleh Suruhanjaya, dan sekiranya berlaku apa-apa kejadian yang mengganggu atau menjejaskan prestasi aktiviti di bawah lesen, melaporkan kejadian itu dengan segera kepada

Suruhanjaya dan pihak berkuasa lain yang berkaitan.

(3)

Mana-mana pemegang lesen yang tidak mematuhi, mengabaikan untuk mematuhi atau melanggar mana-mana peruntukan seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(4)

Bagi maksud seksyen ini—

“infrastruktur rangkaian sokongan” merujuk kepada sambungan yang berkaitan, peranti rangkaian, perkakasan dan perisian yang menyediakan perkhidmatan rangkaian dalam menyokong fungsi perniagaan;

“kawalan jaminan maklumat” merujuk kepada cara pengurusan risiko, termasuk dasar, tatacara, garis panduan, amalan atau struktur organisasi, yang boleh dari jenis pentadbiran, teknikal, pengurusan atau perundangan;

“ketahanan” ertinya kebolehan sesuatu organisasi untuk menahan daripada terjejas oleh sesuatu kejadian.

Obligasi untuk memberikan maklumat 52b.  (1)  Suruhanjaya boleh memberi kuasa mana-mana pegawai untuk mendapatkan apa-apa maklumat yang berkenaan dengan pemegang lesen atau mana-mana orang lain di bawah Akta ini dan hendaklah diberi capaian kepada apa-apa maklumat sama ada disimpan dalam suatu komputer atau selainnya.

Undang-Undang Malaysia 90

Akta 447

(2)

Mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (1), hendaklah mempunyai kuasa untuk menghendaki pengemukaan rekod, akaun, data, data berkomputer dan dokumen yang disimpan oleh pemegang lesen atau mana-mana orang lain dan untuk memeriksa, meneliti dan memuat turun daripadanya, membuat salinannya atau mengambil cabutan daripadanya.

(3)

Bagi maksud seksyen ini, “capaian” termasuklah diberi kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang dikehendaki untuk membolehkan data berkomputer difahami.

(4)

Mana-mana orang yang enggan memberikan apa-apa maklumat yang dengan munasabahnya mungkin dikehendaki daripadanya di bawah subseksyen (1) dan yang ada dalam pengetahuannya atau dalam kuasanya untuk memberikan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.