Malaysia legislation
Section 53
Seksyen 53
(a)
tatacara bagi Suruhanjaya dalam menjalankan fungsi, kewajipan dan kuasanya di bawah Akta ini;
(b)
lat-lat tempoh, waktu dan cara bagaimana apa-apa pepasangan atau kelengkapan hendak diperiksa, notis (jika ada) yang hendak diberi berhubung dengan pemeriksaan dan persediaan yang hendak dibuat oleh pemegang lesen atau mana-mana pihak pengurusan untuk pemeriksaan;
Bekalan Elektrik 91
(c)
standard dan spesifikasi minimum yang hendak digunakan dalam reka bentuk, pembinaan, perlindungan dan penyenggaraan pepasangan dan kelengkapan, syarat yang di bawahnya apa-apa pepasangan atau kelengkapan hendak dikerjakan atau dikendalikan dan larangan ke atas penggunaan kelengkapan berbahaya;
(d)
cara bagaimana elektrik hendak disukat dan standard sukatan yang hendak digunakan dan cara bagaimana elektrik dibenarkan atau dilarang dibekalkan atau digunakan;
(e)
standard yang hendak diterima pakai bagi pengukuran dimensi mana-mana pepasangan atau kelengkapan;
(f)
cara pengawalseliaan dan had perubahan jenis, voltan dan frekuensi elektrik yang dibekalkan;
(g)
kelas atau reka bentuk dawai, lekapan dan kelengkapan yang hendak digunakan dan cara bagaimana dawai, lekapan dan kelengkapan itu hendak didirikan, dipasang, disusun, dilindungi, dikawal, diperiksa, diuji dan disenggarakan;
(h)
fi yang kena dibayar bagi lesen dan Perakuan Pendaftaran pepasangan dan apa-apa fi lain yang dikehendaki ditetapkan di bawah Akta ini;
(i)
bentuk dan tempoh kesahan Perakuan Pendaftaran dan syarat bagi penggantungan, perlanjutan dan pembatalan
Perakuan Pendaftaran;
(j)
kelayakan minimum yang perlu dimiliki oleh seseorang sebelum dia boleh diamanahkan dengan perekabentukan, pembinaan, pendirian, pengujian, pengendalian, penyenggaraan, pembaikan atau pengubahan apa-apa pepasangan, loji atau kelengkapan atau dengan jagaan, kawalan atau kendalian mana-mana pepasangan, loji atau kelengkapan;
(k)
jenis ujian yang hendak digunakan bagi menentukan sama ada mana-mana orang yang memiliki kelayakan perlu yang ditetapkan bagi maksud kawalan kompeten dan maksud lain, dan pengeluaran, penggantungan atau pembatalan perakuan kekompetenan, dan untuk menetapkan fi yang kena dibayar bagi ujian dan perakuan sedemikian;
Undang-Undang Malaysia 92
Akta 447
(l)
pendaftaran dan pengelasan unit pendawaian persendirian, kontraktor elektrik, kontraktor perkhidmatan elektrik, kontraktor pembaikan elektrik, kontraktor tanda elektrik, pengilang papan suis dan orang kompeten, dan untuk menetapkan fi bagi pendaftaran sedemikian;
(m)
langkah-langkah yang hendak diambil dan kelengkapan yang hendak dibekalkan dan digunakan berkaitan dengan pepasangan untuk menjaminkan keselamatan awam dan persendirian;
(n)
langkah-langkah pengawasan yang hendak diambil untuk melepaskan mana-mana orang daripada mengawal apa-apa pepasangan, loji atau kelengkapan dan cara memberitahu
Suruhanjaya mengenai nama dan kelayakan mana-mana orang yang ditempatkan untuk mengawal mana-mana pepasangan dan mengenai pengendalian mana-mana loji atau kelengkapan;
(o)
cara mengira keupayaan apa-apa sistem, pepasangan, kelengkapan, kabel, penjana kuasa dan/atau motor;
(p)
cara menentukan pertikaian, mengadakan siasatan dan timbang tara di bawah Akta ini;
(q)
bentuk notis dan cara penyampaiannya;
(r)
taksiran dan kelulusan, di mana-mana perlu, apa-apa kelengkapan domestik atau kelengkapan lain yang hendak dikilangkan, diimport, dipamerkan, dijual, diiklankan, dipasang atau digunakan dan untuk menetapkan fi yang kena dibayar mengenainya;
(s)
peruntukan bagi pemegang lesen mengenai perkara yang berkenaan dengan—
(i)
pemeriksaan mana-mana pepasangan atau bahagiannya;
(ii)
pendirian dan pemasangan lampu awam;
(iii)
pemotongan pembekalan elektrik; dan
(iv)
apa-apa perkara lain yang berkaitan dengannya;
Bekalan Elektrik 93
(t)
pengemukaan penyata kewangan dan laporan teraudit oleh pemegang lesen itu;
(u)
cara pelaksanaan kerja yang berkaitan dengan penjanakuasaan atau pembekalan elektrik tanpa menjejaskan keselamatan awam atau persendirian;
(v)
kaedah-kaedah yang hendak diterima pakai sama ada melalui larangan atau selainnya, untuk mencegah atau memberhentikan apa-apa kacau ganggu yang mungkin berbangkit atau yang berbangkit daripada pengerjaan mana-mana pepasangan, loji atau kelengkapan;
(w)
fi yang kena dibayar berkenaan dengan pemeriksaan, pengujian dan penyenggaraan pepasangan dan radas pengguna, berkenaan dengan pemasangan dan pengujian meter, dan berkenaan dengan apa-apa perkhidmatan lain yang diberikan dengan sewajarnya kerana pengguna;
(x)
pengawalseliaan perhubungan antara pemegang lesen dan pengguna, misalnya peruntukan mengenai pendapatan kembali caj bagi pembekalan termasuk apa-apa surcaj bagi pembayaran lewat, bunga tahunan yang kena dibayar oleh seseorang pemegang lesen kepada mana-mana orang bagi apa-apa cagaran yang diberikan dan apa-apa kadar atau syarat yang berkaitan dengannya, penyambungan, pemotongan dan pemulangan bekalan elektrik oleh pemegang lesen, kemasukan ke dalam mana-mana premis oleh pemegang lesen atau pegawai diberi kuasanya bagi maksud yang berhubungan dengan pembekalan, penyambungan, pemotongan atau pemulangan bekalan, kemasukan bagi maksud menggantikan, membaiki atau mengubah pinda mana-mana talian elektrik atau loji atau kelengkapan elektrik dan bentuk apa-apa notis yang dikehendaki;
(xa) standard, spesifikasi, amalan dan langkah yang hendaklah diterima dan diamalkan dan apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan penggunaan elektrik dengan cekap;
(xb) standard, spesifikasi, amalan dan langkah yang hendak digunakan dan apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan kualiti kuasa;
Undang-Undang Malaysia 94
Akta 447
(xc)
perkara yang berhubungan dengan pemeteran, pemeteran prabayar, infrastruktur pemeteran, telepemeteran, kelengkapan, produk elektrik dan kelengkapan elektrik pengguna;
(xd)
perkara yang berhubungan dengan penggunaan talian bekalan bagi maksud komunikasi sebagaimana yang dinyatakan di bawah seksyen 44a;
(xe) berkenaan dengan import dan pengilangan kelengkapan elektrik pengguna, pendaftaran pengimport dan pengilang dan badan penilaian pematuhan yang berkenaan dengan kelengkapan elektrik pengguna, pusat latihan dan pemeriksaan atau institusi dan menetapkan apa-apa fi pendaftaran;
(xf) perkara yang berhubungan dengan Kumpulan Wang Industri
Elektrik;
(xg) perkara yang berhubungan dengan pelesenan di bawah
Akta;
(xh) semua fungsi, kewajipan dan tanggungjawab Pengendali
Sistem dan Pembeli Tunggal;
(xi)
semakan pelan pengurusan keselamatan dan program pengurusan keselamatan dan bagi audit pemegang lesen dan pemunya atau pengendali pepasangan elektrik bukan domestik;
(xj) fi yang kena dibayar berkenaan dengan penggunaan elektrik dengan cekap oleh kelengkapan dan kelulusannya;
(xk) perkara yang berhubungan dengan pendaftaran orang yang menyediakan perkhidmatan yang berhubungan dengan penggunaan elektrik dengan cekap dan pembayaran fi bagi memproses permohonan dan pendaftaran;
(xl)
perkara dan tempoh masa penyimpanan rekod dan dokumen;
dan
(y)
apa-apa perkara lain yang pada amnya menguatkuasakan peruntukan Akta ini.
Bekalan Elektrik 95
(2)
Apa-apa peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh menetapkan apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan denda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya, bagi kesalahan itu.