Malaysia legislation

Section 55

of AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990

Seksyen 55

(2)

Wa1au apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana lesen bagi suatu pepasangan awam yang dikeluarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang dimasyhurkan sebelum Akta ini, tiada pemegang mana-mana lesen sedemikian boleh, tanpa kelulusan terdahulu daripada Suruhanjaya—

(a)

memperoleh mana-mana tanah atau bangunan bagi maksud apa-apa pepasangan;

(b)

memulakan apa-apa skim baru bagi pembekalan elektrik;

(c)

memperbesar mana-mana pepasangan atau kawasan bekalan yang ada; atau

(d)

memasang apa-apa loji atau kelengkapan baru atau menggantikan mana-mana loji atau kelengkapan yang ada bagi maksud pepasangan itu.

Kegagalan mematuhi subseksyen ini boleh menyebabkan lesen pemegang lesen dibatalkan menurut budi bicara Suruhanjaya.

Pemansuhan Akta Elektrik 1949 dan Akta Jemaah Pemeriksa

Elektrik 1983 dan kecualian berkenaan dengannya