Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(2)
Dalam tiap-tiap hal di mana maklumat diberikan atas sumpah kepada mana-mana majistret bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa dalam mana-mana tanah, rumah atau bangunan terdapat apa-apa benda, barang, buku, dokumen, pepasangan atau bahagiannya yang digunakan atau dicadangkan hendak digunakan yang berhubungan dengannya apa-apa kesalahan telah dilakukan di bawah Akta ini, majistret itu hendaklah mengeluarkan suatu waran di bawah tandatangannya yang menurut kuasa waran itu mana-mana pegawai diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada
Inspektor yang dinamakan atau disebut dalam waran itu boleh memasuki tanah, rumah atau bangunan itu pada bila-bila masa yang munasabah pada waktu siang atau malam, dan menggeledah dan menyita atau mengelak mana-mana benda, barang, buku, dokumen, pepasangan atau bahagiannya itu:
Dengan syarat bahawa jika seorang pegawai diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor berpuas hati atas maklumat yang diterima bahawa dia mempunyai alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa atas sebab kelengahan untuk mendapatkan waran geledah, apa-apa benda, barang, buku, dokumen, pepasangan atau bahagiannya yang digunakan untuk melakukan atau yang akan digunakan untuk melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini berkemungkinan dialihkan atau dimusnahkan, dia boleh memasuki tanah, rumah atau bangunan itu tanpa waran dan menyita atau mengelak mana-mana benda, barang, buku, dokumen, pepasangan atau bahagiannya dari dalam tanah, rumah atau bangunan itu.
(3)
Seseorang pegawai diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor yang membuat penggeledahan itu boleh menyita apa-apa benda, barang, buku, dokumen, pepasangan atau bahagiannya yang digunakan atau dicadangkan untuk digunakan atau yang boleh digunakan untuk maksud melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini dan jika benda, barang, buku, dokumen, pepasangan atau bahagiannya itu disita, dia hendaklah mengemukakannya di hadapan majistret, dan apabila dikemukakan, majistret hendaklah mengarahkan benda, barang, buku, dokumen, pepasangan atau bahagiannya itu disimpan dalam jagaan pegawai diberi kuasa atau polis bagi maksud apa-apa penyiasatan atau pendakwaan di bawah Akta ini.
Undang-Undang Malaysia 22
Akta 447
(4)
Mana-mana pegawai diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor boleh pada menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (2) atau (3), jika didapati perlu untuk berbuat demikian—
(a)
memecahkan apa-apa pintu luar atau dalam rumah kediaman atau mana-mana premis lain dan memasukinya;
(b)
dengan menggunakan kekerasan memasuki tempat itu dan tiap-tiap bahagiannya;
(c)
mengalihkan dengan menggunakan kekerasan apa-apa galangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan dan pengalihan yang dia diberi kuasa untuk melaksanakan; dan
(d)
menahan tiap-tiap orang yang dijumpai di tempat itu sehingga tempat itu telah digeledah.
(5)
Pegawai diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor yang menyita apa-apa benda, barang, buku, dokumen, pepasangan atau bahagiannya di bawah subseksyen (2) atau (3) hendaklah menyediakan suatu senarai barang-barang yang disita dan dengan serta-merta menghantar serah suatu salinan yang ditandatangani olehnya kepada penduduk, atau ejen atau pekhidmat penduduk itu yang berada di premis itu dan jika premis itu tidak diduduki, pegawai diberi kuasa atau pegawai polis itu hendaklah di mana-mana mungkin menampalkan suatu senarai barang-barang yang disita di premis itu.
(6)
Seorang pegawai diberi kuasa hendaklah pada setiap masa membawa suatu kad pengenalan atau lencana rasmi dalam apa-apa bentuk yang ditetapkan, dan tiada seorang pun boleh diwajibkan untuk membenarkan mana-mana orang yang mengaku dirinya sebagai seorang pegawai diberi kuasa memasuki tanah, rumah atau bangunannya kecuali apabila kad pengenalan atau lencana itu dikemukakan.
Kos memegang benda yang disita 5a. Jika apa-apa kelengkapan, alat, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen, barang atau benda yang disita di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya dipegang dalam jagaan Kerajaan atau Suruhanjaya sementara menunggu penyelesaian apa-apa
Bekalan Elektrik 23
prosiding berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya, kos bagi memegang kelengkapan, alat, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen, barang atau benda itu dalam jagaan hendaklah, sekiranya mana-mana orang didapati telah melakukan suatu kesalahan, menjadi hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan atau Suruhanjaya, mengikut mana-mana yang berkenaan, oleh orang itu dan hendaklah didapatkan dengan sewajarnya.
Pelepasan benda yang disita 5b. (1) Jika apa-apa kelengkapan, alat, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen, barang atau benda telah disita di bawah Akta ini, pegawai diberi kuasa yang membuat penyitaan itu boleh, pada bila-bila masa selepas itu, dengan keizinan Pendakwa
Raya, melepaskan kelengkapan, alat, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen, barang atau benda itu kepada orang yang diputuskan olehnya sebagai berhak secara sah kepada kelengkapan, alat, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen, barang atau benda itu jika dia berpuas hati bahawa kelengkapan, alat, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen, barang atau benda itu tidak dikehendaki selainnya bagi maksud apa-apa prosiding di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya, atau bagi maksud apa-apa pendakwaan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dan dalam hal ini, pegawai yang membuat penyitaan itu atau Kerajaan, Suruhanjaya atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Kerajaan atau
Suruhanjaya tidak boleh bertanggungan bagi apa-apa prosiding oleh mana-mana orang jika penyitaan dan pelepasan kelengkapan, alat, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen, barang atau benda itu telah dibuat dengan suci hati.
(2)
Suatu rekod secara bertulis hendaklah dibuat oleh pegawai diberi kuasa yang membuat pelepasan apa-apa benda di bawah subseksyen (1) yang menyatakan secara terperinci hal keadaan dan sebab bagi pelepasan itu dan menghantar salinan rekod itu kepada Pendakwa Raya.
Kuasa menyiasat