Malaysia legislation

Section 8

of AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990

Seksyen 8

Halangan, dsb. suatu kesalahan

(a)

tidak membenarkan mana-mana pegawai diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada

Inspektor akses kepada mana-mana tempat;

(b)

menyerang, menggalang, menghalang atau melengahkan mana-mana pegawai diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor dalam melaksanakan apa-apa kemasukan yang dia berhak melaksanakan di bawah Akta ini, atau dalam penyempurnaan apa-apa tugas yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini;

(c)

enggan memberi kepada mana-mana pegawai diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor apa-apa maklumat yang berhubungan dengan sesuatu kesalahan atau kesalahan yang disyaki di bawah Akta ini atau apa-apa maklumat lain yang dengan munasabahnya mungkin dikehendaki daripadanya dan yang ada dalam pengetahuannya atau yang dia mempunyai kuasa untuk memberi;

(ca) enggan untuk memberi mana-mana pegawai Suruhanjaya apa-apa maklumat yang dengan munasabahnya mungkin dikehendaki daripadanya dan yang ada dalam pengetahuannya atau yang dia mempunyai kuasa untuk memberikan berhubung dengan apa-apa perkara di bawah fungsi, tugas dan kuasa Suruhanjaya di bawah seksyen 4; atau

Bekalan Elektrik 25

(d)

dengan disedarinya memberikan maklumat palsu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.