Malaysia legislation

Section 9

of AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990

Seksyen 9

(a)

menggunakan, mengerjakan atau mengendalikan atau membenarkan diguna, dikerja atau dikendalikan apa-apa pepasangan; atau

(b)

membekalkan elektrik daripada mana-mana pepasangan kepada atau bagi kegunaan mana-mana orang lain, kecuali di bawah dan mengikut terma dan syarat sesuatu lesen sebagaimana yang ditetapkan yang membenarkan pembekalan atau penggunaan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(2)

Lesen boleh diberikan oleh Suruhanjaya dengan kelulusan

Menteri apabila dibayar apa-apa fi dan atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ternyata dikehendaki atau suai manfaat memandangkan tugas yang dikenakan oleh seksyen 4.

(2a)

Suruhanjaya boleh, sama ada notis telah diserahkan atau tidak, mengenakan suatu surcaj bagi pembayaran lewat fi yang kena dibayar oleh seseorang pemegang lesen kepada Suruhanjaya, pada kadar satu peratus sebulan atau sebahagian daripada satu bulan atas fi sedemikian atau pada apa-apa kadar lain sebagaimana yang ditetapkan.

Undang-Undang Malaysia 26

Akta 447

(2b)

Walau apa pun subseksyen (2), Suruhanjaya boleh memberikan suatu lesen apabila fi dibayar dan atas apa-apa syarat sebagaimana yang ternyata dikehendaki atau suai manfaat memandangkan tugas yang dikenakan oleh seksyen 4 berkenaan dengan apa-apa pepasangan yang ditetapkan.

(2c)

Suruhanjaya boleh, dari semasa ke semasa, mengeluarkan kod, garis panduan atau arahan berkenaan dengan apa-apa pepasangan.

(3)

Tiada lesen boleh dipindah milik melainkan jika keizinan bertulis Menteri telah diberikan.

(4)

Tempoh lesen adalah selama apa-apa tempoh yang diluluskan oleh Suruhanjaya dalam setiap satu hal:

Dengan syarat bahawa tanpa kelulusan nyata daripada Menteri, tiada lesen boleh mempunyai tempoh melebihi dua puluh satu tahun.

(5)

Tempoh lamanya apa-apa lesen hendaklah dinyatakan di dalamnya.

(6)

Apa-apa lesen bagi suatu pepasangan awam hendaklah menyatakan—

(a)

kawasan bekalan;

(b)

voltan yang ditentukan dan variasi yang dibenarkan daripadanya;

(c)

caj maksimum yang kena dibayar oleh pengguna; dan

(d)

apa-apa perkara lain sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Suruhanjaya.

(7)

Suruhanjaya boleh, dengan kelulusan Menteri, pada bila-bila masa—

(a)

mengenakan apa-apa terma atau syarat tambahan ke atas lesen, termasuk lesen sedia ada; atau

(b)

meminda apa-apa terma atau syarat yang dikenakan ke atas lesen itu, mengikut tatacara sebagaimana yang boleh ditetapkan.

Bekalan Elektrik 27

Obligasi untuk mengemukakan pelan perniagaan 9a. (1) Suruhanjaya boleh meminta mana-mana pemegang lesen untuk mengemukakan rancangan perniagaan boleh pinda lima tahun, atau apa-apa tempoh lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya, yang dikemaskinikan atas asas tahunan atau apa-apa tempoh masa lain sebagaimana yang ditentukan oleh

Suruhanjaya mengikut tatacara yang diperuntukkan dalam garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya.

(2)

Mana-mana pemegang lesen yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

Kehendak bagi pelesenan 9b.  (1)  Walau apa pun mana-mana peruntukan lain Akta ini, jika pada bila-bila masa ternyata pada Suruhanjaya bahawa seorang pemegang lesen tidak mematuhi apa-apa kehendak atau memenuhi apa-apa kewajipan atau obligasinya di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya atau syarat lesen, Suruhanjaya boleh menghendaki pemegang lesen itu untuk membetulkan ketidakpatuhan itu atau untuk mematuhi kehendak, kewajipan atau obligasi atau syarat lesen itu dalam tempoh yang dinyatakan.

(2)

Pemegang lesen yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah mengambil segala langkah yang munasabah untuk mematuhi dan mengemukakan laporan pematuhan berkala tentang langkah yang diambil sehingga memuaskan hati Suruhanjaya.

(3)

Mana-mana pemegang lesen yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

Standard prestasi pembekalan dan perkhidmatan oleh pemegang lesen 9c. (1) Suruhanjaya boleh, dari semasa ke semasa, mengeluarkan kod, garis panduan atau arahan mengenai apa-apa standard prestasi pembekalan dan perkhidmatan untuk dilaksanakan oleh pemegang lesen termasuk tatacara bagi—

(a)

memenuhi dengan munasabah kehendak pengguna;

Undang-Undang Malaysia 28

Akta 447

(b)

pengendalian aduan dan pertikaian pengguna;

(c)

tatacara bagi pampasan pengguna dalam hal pelanggaran standard prestasi atau pelanggaran mana-mana obligasi pemegang lesen di bawah Akta; dan

(d)

perlindungan maklumat pengguna.

(2)

Apa-apa tindakan yang diambil oleh Suruhanjaya menurut seksyen ini berkenaan dengan apa-apa kegagalan oleh mana-mana pemegang lesen untuk memenuhi standard yang disebut dalam subseksyen (1), tidak boleh menjejaskan atau menyentuh apa-apa remedi lain yang mungkin ada berkenaan dengan tindakan atau peninggalan oleh pemegang lesen yang menjadi kegagalan itu di bawah mana-mana undang-undang lain, termasuk

Akta Perlindungan Pengguna 1999 [Akta 599].

(3)

Suruhanjaya boleh mengarahkan pemegang lesen untuk menyediakan apa-apa maklumat tentang tahap prestasi yang dicapai dan perkhidmatan yang disediakan berkenaan dengan standard yang disebut dalam subseksyen (1) kepada pengguna atau bakal pengguna.

(4)

Pemegang lesen hendaklah menyiarkan standard perkhidmatan penggunanya sendiri mengikut kod, garis panduan atau arahan yang disebut dalam subseksyen (1).

(5)

Mana-mana pemegang lesen yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

Akaun tahunan yang sepatutnya oleh pemegang lesen 9d. (1) Pemegang lesen hendaklah menyimpan dan menyenggara akaun aktiviti tahunan yang sepatutnya di bawah lesen yang mengandungi butir-butir yang mencukupi sebagaimana yang dikehendaki mengenai apa-apa hasil, kos, aset, liabiliti, rizab atau apa-apa perkara lain yang berkaitan.

(2)

Akaun itu hendaklah juga mengikut apa-apa garis panduan atau arahan sebagaimana yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya, dari semasa ke semasa kepada pemegang lesen dan akaun itu hendaklah dikemukakan kepada Suruhanjaya dengan sewajarnya.

Bekalan Elektrik 29

Perkiraan bagi perolehan elektrik 9e.  Dalam menjalankan fungsinya di bawah perenggan 4(d), apa-apa perkiraan oleh pemegang lesen atau Pembeli Tunggal bagi perolehan elektrik melalui rangkaian penghantaran elektrik, hendaklah tertakluk pada kelulusan Suruhanjaya.

Kuasa untuk memasuki dan memeriksa teliti tanah