Malaysia legislation

Section 15

of *AKTA CUKAI JUALAN 2018

Seksyen 15

(a)

orang yang dinamakan dalam arahan itu dianggap sebagai orang kena cukai tunggal yang menjalankan aktiviti perniagaan yang diperihalkan dalam arahan itu berkuat kuasa dari tarikh yang dinyatakan dalam arahan itu; dan

(b)

orang kena cukai tunggal yang disebut dalam perenggan (a)

didaftarkan berkuat kuasa dari tarikh yang dinyatakan dalam arahan itu.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), dalam menentukan sama ada apa-apa pengasingan aktiviti perniagaan adalah dibuat-buat, hendaklah diambil kira setakat yang orang yang berlainan yang menjalankan aktiviti perniagaan itu berkait rapat antara satu sama lain melalui hubungan kewangan, ekonomi dan organisasi.

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 806

(3)

Ketua Pengarah boleh membuat arahan di bawah subseksyen (1)

dengan menamakan mana-mana orang jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa—

(a)

orang itu mengilang atau telah mengilang barang bercukai;

(b)

aktiviti yang dalam penjalanannya orang itu mengilang atau telah mengilang barang bercukai itu menjadi hanya sebahagian daripada aktiviti tertentu dalam perniagaan itu dan bahawa aktiviti lain dalam perniagaan itu, sama ada atau tidak aktiviti lain itu serupa dengan aktiviti yang dijalankan oleh orang itu, sedang dijalankan serentak atau dijalankan sebelum itu, atau kedua-duanya, oleh seorang yang lain atau lebih daripada seorang yang lain; dan

(c)

jika semua barang bercukai yang dikilangkan dalam perniagaan itu diambil kira, orang yang menjalankan perniagaan itu akan, pada masa arahan itu dibuat, dikehendaki untuk berdaftar menurut kuasa seksyen 12.

(4)

Apa-apa arahan yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah disampaikan kepada setiap orang yang dinamakan dalam arahan itu.

(5)

Jika, selepas suatu arahan dibuat di bawah subseksyen (1),

Ketua Pengarah mendapati bahawa mana-mana orang yang tidak dinamakan dalam arahan itu mengilang barang bercukai dalam penjalanan aktiviti yang sepatutnya dianggap sebagai sebahagian daripada aktiviti perniagaan itu, Ketua Pengarah boleh membuat dan menyampaikan kepada orang itu suatu arahan tambahan dengan menambah nama orang itu kepada nama orang yang dinamakan dalam arahan di bawah subseksyen (1).

(6)

Apabila nama orang itu ditambah dalam arahan di bawah subseksyen (5), orang itu hendaklah dianggap sebagai orang kena cukai tunggal yang menjalankan aktiviti perniagaan yang diperihalkan dalam arahan di bawah subseksyen (1) berkuat kuasa dari tarikh yang dinyatakan dalam arahan itu.

(7)

Jika, sebaik sebelum apa-apa arahan termasuk suatu arahan tambahan dibuat, mana-mana orang yang dinamakan dalam arahan

Cukai Jualan 29

itu telah didaftarkan berkenaan dengan barang bercukai yang dikilangkan olehnya sebagaimana yang dinyatakan dalam subseksyen (3) atau (5), pendaftarannya hendaklah dibatalkan oleh

Ketua Pengarah berkuat kuasa dari tarikh orang kena cukai tunggal itu didaftarkan di bawah subseksyen (1).

(8)

Apabila pendaftaran dibatalkan di bawah subseksyen (7), orang yang pendaftarannya telah dibatalkan bersama dengan semua orang lain yang dinamakan dalam arahan di bawah subseksyen (1) hendaklah dianggap sebagai orang kena cukai tunggal.

(9)

Berhubung dengan suatu perniagaan yang dinyatakan dalam suatu arahan, orang yang dinamakan dalam arahan itu bersama dengan mana-mana orang yang dinamakan dalam suatu arahan tambahan yang berhubungan dengan perniagaan itu, sebagai orang yang bersama-sama dianggap sebagai orang kena cukai tunggal, disebut sebagai

“anggota konstituen” dalam subseksyen (10) dan (11).

(10)

Jika apa-apa arahan dibuat di bawah subseksyen (1)—

(a)

orang kena cukai tunggal yang menjalankan perniagaan yang dinyatakan dalam arahan itu hendaklah didaftarkan atas apa-apa nama sebagaimana yang dicadangkan oleh orang yang dinamakan dalam arahan itu secara bersama melalui notis secara bertulis yang diberikan kepada Ketua Pengarah tidak lewat daripada empat belas hari selepas tarikh arahan itu disampaikan kepada orang yang terakhir daripada orang yang dinamakan dalam arahan itu atau, jika tiada apa-apa cadangan, atas apa-apa nama yang dinyatakan dalam arahan itu;

(b)

apa-apa barang bercukai yang dikilangkan oleh salah seorang anggota konstituen dalam penjalanan aktiviti orang kena cukai tunggal itu hendaklah dianggap sebagai barang bercukai yang dikilangkan oleh orang kena cukai tunggal itu;

(c)

setiap anggota konstituen hendaklah secara bersesama dan berasingan bertanggungan bagi apa-apa cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar oleh orang kena cukai tunggal itu;

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 806

(d)

tanpa menjejaskan perenggan (c), apa-apa kegagalan oleh orang kena cukai tunggal untuk mematuhi apa-apa kehendak yang dikenakan di bawah Akta ini hendaklah dianggap sebagai kegagalan oleh setiap anggota konstituen secara berasingan; dan

(e)

tertakluk pada perenggan (a) hingga (d), anggota konstituen hendaklah dianggap sebagai suatu perkongsian yang menjalankan perniagaan orang kena cukai tunggal itu dan apa-apa persoalan mengenai skop aktiviti perniagaan itu pada bila-bila masa hendaklah ditentukan dengan sewajarnya.

(11)

Jika Ketua Pengarah mendapati bahawa mana-mana orang yang merupakan salah seorang daripada anggota konstituen tidak boleh lagi dianggap sedemikian bagi maksud perenggan (10)(c) dan

(d)

dan Ketua Pengarah memberikan notis secara bertulis bagi maksud sedemikian, orang itu—

(a)

tidak lagi mempunyai apa-apa tanggungan menurut kuasa perenggan (10)(c) dan (d) bagi apa-apa jua yang dilakukan selepas tarikh yang dinyatakan dalam notis itu; dan

(b)

pada tarikh yang dinyatakan dalam notis itu, hendaklah dianggap sebagai telah terhenti menjadi anggota perkongsian yang disebut dalam perenggan (10)(e).

Pendaftaran perkongsian