Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 27
seksyen yang berikut:
“Mengimbangi cukai belum bayar terhadap pembayaran balik atau pulang balik 27a. Walau apa pun apa-apa peruntukan Akta ini, jika mana-mana orang tidak membayar, secara keseluruhannya atau sebahagiannya—
(a)
apa-apa amaun cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar, apa-apa surcaj terakru, atau apa-apa penalti, fi atau wang lain yang kena dibayar di bawah Akta ini;
Undang-Undang Malaysia 6
Akta A1596
(b)
apa-apa amaun cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar, apa-apa surcaj terakru, atau apa-apa penalti atau wang lain yang kena dibayar di bawah
Akta Cukai Jualan 1972 [Akta 64];
(c)
apa-apa amaun cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar, apa-apa surcaj terakru, atau apa-apa penalti atau wang lain yang kena dibayar di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 1975
[Akta 151];
(d)
apa-apa amaun cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar, apa-apa surcaj terakru, atau apa-apa penalti, fi atau wang lain yang kena dibayar di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018
[Akta 807];
(e)
apa-apa amaun cukai barang dan perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar, apa-apa surcaj terakru, atau apa-apa penalti atau wang lain yang kena dibayar di bawah Akta Cukai Barang dan
Perkhidmatan 2014 [Akta 762];
(f)
apa-apa amaun duti kastam, atau apa-apa surcaj terakru, atau apa-apa penalti, fi atau wang lain yang kena dibayar di bawah Akta Kastam 1967; atau
(g)
apa-apa amaun duti eksais, atau apa-apa surcaj terakru, atau apa-apa penalti, fi atau wang lain yang kena dibayar di bawah Akta Eksais 1976,
Ketua Pengarah boleh mengimbangkan, terhadap amaun yang masih belum dibayar yang disebut dalam perenggan (a), (b), (c), (d), (e), (f) dan (g), apa-apa amaun atau mana-mana bahagian daripada apa-apa amaun pembayaran balik atau pulang balik yang kena dibayar kepada orang itu dan Ketua Pengarah hendaklah menganggap amaun yang diimbangkan itu sebagai pembayaran atau sebahagian pembayaran yang diterima daripada orang itu.”.
Cukai Jualan (Pindaan)
7
Pindaan seksyen 41a