Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
Seksyen 41a Akta ibu dipinda—
(a)
dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut:
“Permohonan untuk pemotongan cukai jualan oleh pengilang berdaftar”;
(b)
dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perenggan (a)
dengan perenggan yang berikut:
“(a) apa-apa peratusan cukai jualan untuk dipotong berkenaan dengan barang bercukai yang dibeli oleh mana-mana pengilang berdaftar;”;
(c)
dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan
“komponen atau bahan pembungkusan” dengan perkataan “komponen, atau bahan bungkusan dan pembungkusan”; dan
(d)
dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“ (2a) Seorang pengilang berdaftar boleh membuat permohonan kepada Ketua Pengarah untuk suatu pemotongan amaun cukai jualan yang telah dibayar dalam bentuk dan cara sebagaimana yang ditetapkan di bawah subseksyen (1).
(2b)
Jika Ketua Pengarah meluluskan permohonan untuk pemotongan cukai jualan di bawah subseksyen (2a), pemotongan itu hendaklah mengikut peratusan dan syarat yang ditetapkan oleh Menteri di bawah subseksyen (1).”.
Undang-Undang Malaysia 8
Akta A1596
Seksyen baharu 84a