Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 86
seksyen yang berikut:
“Pengelakan cukai jualan atas barang bercukai yang diimport 86a. (1) Mana-mana orang yang, dengan niat untuk mengelak atau untuk membantu mana-mana orang lain mengelak cukai jualan ke atas pengimportan barang bercukai melakukan suatu kesalahan.
(2)
Mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah subseksyen (1) hendaklah, apabila disabitkan—
(a)
bertanggungan bagi kesalahan pertama, dengan denda tidak kurang daripada sepuluh kali amaun cukai jualan atau lima puluh ribu ringgit, mengikut mana-mana amaun yang lebih tinggi, dan tidak lebih daripada dua puluh kali ganda amaun cukai jualan atau lima ratus ribu ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya; dan
(b)
bertanggungan bagi kesalahan kedua atau apa-apa kesalahan selanjutnya, dengan denda tidak kurang daripada dua puluh kali amaun cukai jualan atau satu ratus ribu ringgit, mengikut mana-mana amaun yang lebih tinggi, dan tidak lebih daripada empat puluh kali amaun cukai jualan atau satu juta ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.”.
Seksyen baharu 101a