Malaysia legislation

Section 8

of AKTA CUKAI JUALAN (PINDAAN) 2019

Seksyen 8

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 84

seksyen yang berikut:

“Pemenjaraan kerana tidak membayar denda 84a.  Walau apa pun seksyen 283 dan 284 Kanun Tatacara

Jenayah, tempoh pemenjaraan yang dikenakan oleh mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa denda yang tidak dibayar di bawah Akta ini, atau berkenaan dengan keingkaran suatu distres yang mencukupi untuk membayar apa-apa denda sedemikian, adalah apa-apa tempoh dalam apa-apa perihalan, yang pada pendapat mahkamah akan mencapai keadilan bagi kes itu, tetapi tidak boleh dalam mana-mana hal melebihi tempoh maksimum seperti yang berikut:

(a)

jika denda tidak melebihi lima ribu ringgit, tempoh maksimum hendaklah dua bulan;

(b)

jika denda melebihi lima ribu ringgit tetapi tidak melebihi sepuluh ribu ringgit, tempoh maksimum hendaklah empat bulan;

(c)

jika denda melebihi sepuluh ribu ringgit tetapi tidak melebihi dua puluh ribu ringgit, tempoh maksimum hendaklah enam bulan, dengan dua bulan tambahan untuk setiap sepuluh ribu ringgit selepas dua puluh ribu ringgit pertama denda itu.”.

Seksyen baharu 86a

Section 8 — AKTA CUKAI JUALAN (PINDAAN) 2019 | mylaw.my