Malaysia legislation
Section 17
Seksyen 17
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 63
seksyen yang berikut:
“Kuasa tambahan 63a. (1) Sebagai tambahan kepada dan tanpa menjejaskan kuasa sedia ada yang diberikan di bawah Akta ini, apabila membawa dan menjaga mana-mana orang dalam tahanan, seseorang pegawai cukai perkhidmatan yang hak hendaklah mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis yang berpangkat
Koperal dan lebih rendah dan kuasa seorang pegawai penjara yang berpangkat Sarjan dan lebih rendah di bawah
Akta Penjara 1995 [Akta 537].
(2)
Bagi maksud Akta ini—
(a)
jika sesuatu perintah, perakuan atau apa-apa perbuatan lain dikehendaki supaya diberikan, dikeluarkan atau dilakukan oleh seseorang pegawai penjaga
Daerah Polis di bawah mana-mana undang-undang bertulis, perintah, perakuan atau perbuatan itu boleh diberikan, dikeluarkan atau dilakukan oleh seorang pegawai kanan cukai perkhidmatan, dan bagi maksud itu, tempat perintah, perakuan atau perbuatan itu diberikan, dikeluarkan atau dilakukan hendaklah disifatkan sebagai Daerah Polis di bawah jagaannya;
dan
(b)
seseorang pegawai cukai perkhidmatan yang hak hendaklah mempunyai segala kuasa yang diberikan kepada seseorang pegawai penjaga balai polis di bawah mana-mana undang-undang bertulis, dan bagi maksud itu pejabat pegawai itu hendaklah disifatkan sebagai suatu balai polis.
Kuasa penguatkuasaan, pemeriksaan dan penyiasatan 63b. Bagi maksud Akta ini, seseorang pegawai kanan cukai perkhidmatan hendaklah mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis yang apa jua pun pangkatnya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593]
berhubung dengan penguatkuasaan, pemeriksaan dan
Undang-Undang Malaysia 10
Akta A1632
penyiasatan, dan kuasa yang sedemikian hendaklah sebagai tambahan kepada kuasa yang diperuntukkan di bawah
Akta ini dan tidak mengurangkan kuasanya.”.
Seksyen baharu 65a