Malaysia legislation
Section 18
Seksyen 18
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 65
seksyen yang berikut:
“Keterangan ejen provokasi boleh diterima 65a. (1) Walau apa pun mana-mana rukun undang-undang atau peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, tiada ejen provokasi boleh dianggap tidak boleh dipercayai hanya oleh sebab dia telah cuba bersubahat atau telah bersubahat dalam melakukan suatu kesalahan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini jika cubaan untuk bersubahat atau persubahatan itu adalah semata-mata bagi maksud mendapatkan keterangan terhadap orang itu.
(2)
Walau apa pun mana-mana rukun undang-undang atau peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, dan ejen provokasi itu ialah seorang pegawai polis yang apa jua pun pangkatnya atau pegawai cukai perkhidmatan, apa-apa pernyataan, sama ada lisan atau bertulis yang dibuat kepada ejen provokasi oleh mana-mana orang yang kemudiannya dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh diterima sebagai keterangan semasa perbicaraannya.”.
Seksyen baharu 73a