Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
(a)
sama ada subsidi sedang diberikan berkenaan dengan dagangan subjek dan amaun subsidi itu; dan
(b)
sama ada kemudaratan didapati wujud mengikut mana-mana satu daripada cara-cara yang berikut:
(i)
dagangan subjek, menerusi kesan subsidi, sedang menyebabkan kemudaratan material kepada industri dalam negeri di
Malaysia yang mengeluarkan keluaran serupa;
(ii)
dagangan subjek, menerusi kesan subsidi, sedang mengancam untuk menyebabkan kemudaratan material kepada industri dalam negeri di Malaysia yang mengeluarkan keluaran serupa; atau
(iii)
dagangan subjek, menerusi kesan subsidi, sedang menyebabkan kerencatan material penubuhan industri sedemikian di Malaysia.
(2)
Kerajaan hendaklah, sebelum membuat penentuan muktamad, memberitahu semua
Anggota berkepentingan dan pihak berkepentingan mengenai fakta penting yang sedang dipertimbangkan yang menjadi asas bagi keputusan sama ada untuk mengenakan langkah muktamad.
(2A)
Penzahiran di bawah subseksyen (2) hendaklah dibuat dalam masa yang mencukupi untuk semua Anggota berkepentingan dan
Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 23
pihak berkepentingan membela kepentingannya.
(3)
Jika Kerajaan membuat penentuan muktamad negatif mengenai subseksyen (1), ia hendaklah—
(a)
menamatkan penyiasatan itu;
(b)
menamatkan langkah sementara yang terpakai di bawah seksyen 9 dan melepaskan cagaran yang dikehendaki oleh langkah sedemikian; dan
(c)
menyiarkan suatu notis mengenai penentuan muktamad negatif itu, dengan menyatakan sebab bagi penentuan negatifnya.
(4)
Jika Kerajaan membuat penentuan muktamad afirmatif mengenai subseksyen (1), ia hendaklah—
(a)
menyiarkan suatu notis penentuan muktamad afirmatif yang menyatakan sebab bagi penentuan afirmatifnya, duti timbal balas yang terpakai dan dagangan subjek yang baginya duti timbal balas itu terpakai;
(b)
mengenakan duti timbal balas dalam amaun yang ditentukan mengikut subseksyen 3(3) ke atas dagangan subjek yang diimport ke dalam Malaysia pada atau selepas tarikh penyiaran penentuan muktamad itu; dan
(c)
mengenakan duti timbal balas mengikut subseksyen (5)
dan (6) ke atas import ke dalam Malaysia yang baginya langkah sementara terpakai.
(4A)
Jika penentuan muktamad afirmatif telah dibuat, Kerajaan boleh mengambil kira kepentingan awam dalam menentukan sama ada hendak mengenakan duti timbal balas dan amaun duti itu.
(5)
Kerajaan hendaklah mengenakan duti timbal balas ke atas dagangan subjek yang terhadapnya langkah sementara terpakai jika—
24 Undang-undang Malaysia AKTA 504
(a)
Kerajaan membuat suatu penentuan kemudaratan material di bawah subperenggan (1)(b)(i); atau
(b)
Kerajaan membuat suatu penentuan ancaman kemudaratan material di bawah subperenggan (1)(b)(ii), ia mendapati bahawa, dalam ketiadaan langkah sementara itu, dagangan subjek itu akan menyebabkan suatu dapatan kemudaratan material di bawah subperenggan (1)(b)(i).
(5A)
Walau apa pun subseksyen (5), jika penentuan ancaman kemudaratan atau kerencatan material dibuat tetapi tiada kemudaratan telah berlaku, duti timbal balas muktamad boleh dikenakan hanya dari tarikh penentuan kewujudan ancaman kemudaratan atau kerencatan material, dan apa-apa cagaran yang dikemukakan sepanjang tempoh pengenaan langkah sementara hendaklah dilepaskan dengan serta-merta.
(6)
Berkenaan dengan pengenaan duti timbal balas di bawah subseksyen (5) —
(a)
jika duti timbal balas itu lebih tinggi daripada amaun yang dijamin oleh cagaran yang dikehendaki di bawah langkah sementara, hanya amaun yang sama dengan cagaran itu hendaklah dikenakan; dan
(b)
jika duti timbal balas itu kurang daripada amaun yang dijamin oleh cagaran yang dikehendaki di bawah langkah sementara, amaun penuh duti timbal balas itu hendaklah dikenakan dan amaun lebihan cagaran itu hendaklah dibayar ganti atau dilepaskan.
(7)
Walau apa pun subseksyen (4) dan (5), Kerajaan boleh mengenakan duti timbal balas ke atas dagangan subjek yang diimport ke dalam Malaysia dalam tempoh sembilan puluh hari sebelum pemakaian langkah sementara jika —
(a)
Kerajaan mendapati kemudaratan yang sukar dibaiki;
(b)
kemudaratan itu sedang disebabkan oleh pengimportan besar-besaran dagangan subjek itu dalam tempoh masa yang singkat; dan
Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 25
(c)
subsidi eksport sedang diberikan berkenaan dengan dagangan subjek itu berlawanan dengan obligasi antarabangsa kerajaan asing yang berkepentingan itu.
(7A)
Tiada duti timbal balas boleh dikenakan secara retroaktif di bawah subseksyen (7) ke atas dagangan yang masuk untuk penggunaan sebelum tarikh pemulaan penyiasatan.
(8)
Apabila duti timbal balas dikenakan ke atas dagangan subjek, duti timbal balas sedemikian hendaklah dikenakan mengikut amaun yang sesuai dalam setiap hal atas asas tidak berdiskriminasi ke atas kesemua pengimportan dagangan sedemikian ke dalam Malaysia dari
Negara yang didapati mensubsidikan dagangan subjek yang menyebabkan kemudaratan itu.
(9)
Langkah sementara dan duti timbal balas muktamad hendaklah hanya dikenakan ke atas dagangan subjek yang masuk untuk penggunaan selepas masa keputusan di bawah subseksyen 9(1) atau 10(4), mengikut mana-mana yang berkenaan, mula berkuat kuasa.
Penamatan penyiasatan