Malaysia legislation
Section 11
Seksyen 11
(a)
pempetisyen menarik balik petisyen;
(b)
terdapatnya perubahan hal keadaan;
(c)
Kerajaan berpuas hati bahawa tidak ada keterangan yang mencukupi mengenai pensubsidian atau kemudaratan untuk mewajarkan penerusan penyiasatan itu;
(d)
amaun subsidi adalah de minimis atau jumlah pengimportan dagangan subjek, yang sebenar atau mungkin, atau kemudaratan, adalah sedikit sahaja; atau 26 Undang-undang Malaysia AKTA 504
(e)
Kerajaan menentukan bahawa penamatan penyiasatan itu adalah demi kepentingan awam.
(2)
Jika suatu penamatan menurut subseksyen (1) berlaku sebelum penentuan awal, Kerajaan hendaklah menyiarkan notis mengenai penamatan sedemikian dengan menyatakan sebab bagi penamatan itu.
(3)
Jika suatu penamatan menurut subseksyen (1) berlaku selepas penentuan awal, Kerajaan hendaklah —
(a)
menamatkan apa-apa langkah sementara yang disebut dalam seksyen 9 dan melepaskan cagaran yang dikehendaki oleh langkah sedemikian; dan
(b)
menyiarkan suatu notis mengenai penamatan itu, dengan menyatakan sebab bagi penamatan itu.
Penggantungan penyiasatan