Malaysia legislation

Section 12

of *AKTA DUTI TIMBAL BALAS DAN ANTI-LAMBAKAN 1993

Seksyen 12

(2)

Sebelum menyetuju terima aku janji, Kerajaan hendaklah menentukan bahawa —

(a)

aku janji itu —

(i)

akan menghapuskan subsidi atau kesan kemudaratan yang disebabkan oleh dagangan subjek; dan

(ii)

boleh diawasi dengan berkesan; atau

(b)

aku janji itu adalah demi kepentingan awam.

(3)

Aku janji tidak boleh diminta atau disetujui terima melainkan jika Kerajaan telah membuat penentuan awal afirmatif mengenai pensubsidian dan kemudaratan yang disebabkan oleh pensubsidian sedemikian dan, dalam hal aku janji daripada pengeksport, telah

Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 27

memperoleh persetujuan Anggota pengeksport.

(4)

Jika aku janji disetuju terima oleh Kerajaan selepas penentuan awal, Kerajaan hendaklah —

(a)

menggantung penyiasatan;

(b)

menggantung apa-apa langkah sementara yang terpakai di bawah seksyen 9 dan melepaskan semua atau sebahagian daripada cagaran yang dikehendaki oleh langkah sedemikian sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh

Kerajaan; dan

(c)

menyiarkan suatu notis yang menyatakan sebab bagi penggantungan penyiasatan dan tindakan di bawah perenggan (b).

(5)

Walaupun aku janji disetuju terima, penyiasatan hendaklah diselesaikan atas permintaan bertulis kerajaan asing yang berkepentingan atau jika Kerajaan memutuskan demikian.

(6)

Jika Kerajaan menyelesaikan penyiasatan menurut subseksyen (5)

dan membuat suatu penentuan afirmatif, aku janji itu hendaklah terus berkuat kuasa konsisten dengan peruntukan Akta ini.

(7)

Jika Kerajaan menyelesaikan penyiasatan menurut subseksyen (5)

dan membuat suatu penentuan negatif, aku janji itu hendaklah luput, kecuali jika penentuan negatif itu secara besarnya disebabkan oleh kewujudan aku janji itu.

(8)

Jika penentuan negatif yang disebut dalam subseksyen (7)

adalah secara besarnya disebabkan oleh kewujudan aku janji itu, aku janji itu boleh dikekalkan selama tempoh yang munasabah konsisten dengan peruntukan Akta ini.

(8A)

Kerajaan boleh mencadangkan supaya aku janji harga diberikan oleh Anggota pengeksport atau pengeksport, tetapi tiada pengeksport boleh dikehendaki membuat aku janji sedemikian.

28 Undang-undang Malaysia AKTA 504

(8B)

Hakikat bahawa Anggota pengeksport atau pengeksport tidak menawarkan aku janji harga, atau tidak menyetujui terima jemputan untuk berbuat demikian, tidak boleh dengan apa-apa cara menjejaskan pertimbangan hal itu.

(8C)

Walau apa pun subseksyen (8A) dan (8B), Kerajaan hendaklah bebas untuk menentukan bahawa ancaman kemudaratan lebih berkemungkinan berlaku jika pengimportan dagangan subjek berterusan.

(8D)

Kerajaan boleh menghendaki mana-mana Anggota pengeksport atau pengeksport yang daripadanya aku janji telah disetujui terima supaya memberikan, secara berkala, maklumat yang berkenaan dengan pemenuhan aku janji itu dan membenarkan penentusahan maklumat yang berkaitan.

(8E)

Ketidakpatuhan subseksyen

(8D)

hendaklah ditafsirkan sebagai pelanggaran aku janji.

(9)

Kerajaan boleh memulakan semula suatu penyiasatan tergantung pada bila-bila masa jika ia menentukan bahawa aku janji yang disetuju terima di bawah subseksyen (1) tidak lagi menepati kehendak subseksyen (2) atau terdapatnya pencabulan material akan aku janji itu.

(10)

Jika Kerajaan memulakan semula suatu penyiasatan menurut subseksyen (9), ia hendaklah mengambil tindakan cepat untuk—

(a)

(Dipotong oleh Akta A1046);

(b)

menggunakan langkah sementara bertepatan dengan seksyen 9, jika patut; dan

(c)

membuat penentuan muktamad menurut seksyen 10.

(11)

Kerajaan boleh menggunakan fakta yang ada berkenaan dengan apa-apa penentuan di bawah subseksyen (10) jika pencabulan material aku janji berlaku.

(12)

Dalam hal yang disebut dalam subseksyen (9), Kerajaan boleh

Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 29

mengenakan duti timbal balas bertepatan dengan seksyen 10 ke atas dagangan subjek yang diimport ke dalam Malaysia dalam tempoh sembilan puluh hari sebelum pemakaian langkah sementara di bawah subseksyen (10):

Dengan syarat bahawa taksiran retroaktif sedemikian tidak terpakai bagi dagangan subjek yang diimport sebelum pencabulan itu.

Jangka masa duti

Section 12 — AKTA DUTI TIMBAL BALAS DAN ANTI-LAMBAKAN 1993