Malaysia legislation

Section 25

of *AKTA DUTI TIMBAL BALAS DAN ANTI-LAMBAKAN 1993

Seksyen 25

(a)

sama ada margin lambakan wujud berkenaan dengan dagangan subjek dan margin lambakan itu; dan

(b)

sama ada kemudaratan didapati wujud mengikut mana-mana satu daripada cara-cara yang berikut:

(i)

dagangan subjek, menerusi kesan lambakan, sedang menyebabkan kemudaratan material kepada industri dalam negeri di

Malaysia yang mengeluarkan keluaran serupa;

(ii)

dagangan subjek, menerusi kesan lambakan, sedang mengancam untuk menyebabkan kemudaratan material kepada industri dalam negeri di Malaysia yang mengeluarkan keluaran serupa; atau

(iii)

dagangan subjek, menerusi kesan lambakan, sedang menyebabkan kerencatan material penubuhan industri sedemikian di Malaysia.

(2)

Kerajaan hendaklah, sebelum membuat penentuan muktamad, memberitahu semua pihak berkepentingan mengenai fakta penting yang sedang dipertimbangkan yang menjadi asas bagi keputusan sama ada untuk mengenakan langkah muktamad.

(2A)

Penzahiran di bawah subseksyen (2) hendaklah dibuat dalam masa yang mencukupi untuk semua pihak berkepentingan membela kepentingannya.

(3)

Jika Kerajaan membuat penentuan muktamad negatif mengenai subseksyen (1), ia hendaklah—

(a)

menamatkan penyiasatan itu;

(b)

menamatkan langkah sementara yang terpakai di bawah seksyen 24, dan melepaskan cagaran yang dikehendaki oleh langkah sedemikian; dan 44 Undang-undang Malaysia AKTA 504

(c)

menyiarkan suatu notis mengenai penentuan muktamad negatif itu, dengan menyatakan sebab bagi penentuan negatifnya.

(4)

Jika Kerajaan membuat penentuan muktamad afirmatif mengenai subseksyen (1), ia hendaklah—

(a)

menyiarkan suatu notis penentuan muktamad afirmatif yang menyatakan sebab bagi penentuan afirmatifnya, duti anti-lambakan yang terpakai dan dagangan subjek yang baginya duti anti-lambakan itu terpakai;

(b)

mengenakan duti anti-lambakan dalam amaun yang ditentukan mengikut subseksyen 15(2) ke atas dagangan subjek yang diimport ke dalam Malaysia pada atau selepas tarikh penyiaran penentuan muktamad itu; dan

(c)

mengenakan duti anti-lambakan mengikut subseksyen (5)

dan (6) ke atas import ke dalam Malaysia yang baginya langkah sementara terpakai.

(4A)

Jika penentuan muktamad afirmatif telah dibuat, Kerajaan boleh mengambil kira kepentingan awam dalam menentukan sama ada hendak mengenakan duti anti-lambakan dan amaun duti itu.

(5)

Kerajaan hendaklah mengenakan duti anti-lambakan ke atas dagangan subjek yang terhadapnya langkah sementara terpakai jika—

(a)

Kerajaan membuat suatu penentuan kemudaratan material di bawah subperenggan (1)(b)(i); atau

(b)

Kerajaan membuat suatu penentuan ancaman kemudaratan material di bawah subperenggan (1)(b)(ii), ia mendapati bahawa, dalam ketiadaan langkah sementara itu, dagangan subjek itu akan menyebabkan suatu dapatan kemudaratan material di bawah subperenggan (1)(b)(i).

(5A)

Walau apa pun subseksyen (5), jika penentuan ancaman kemudaratan atau kerencatan material dibuat tetapi tiada kemudaratan telah berlaku, duti anti-lambakan muktamad boleh dikenakan hanya dari

Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 45

tarikh penentuan kewujudan ancaman kemudaratan atau kerencatan material, dan apa-apa cagaran yang dikemukakan sepanjang tempoh pengenaan langkah sementara hendaklah dilepaskan dengan serta-merta.

(6)

Berkenaan dengan pengenaan duti anti-lambakan di bawah subperenggan (5)—

(a)

jika duti anti-lambakan itu lebih tinggi daripada amaun yang dijamin oleh cagaran yang dikehendaki di bawah langkah sementara, hanya amaun yang sama dengan cagaran itu hendaklah dikenakan; dan

(b)

jika duti anti-lambakan itu kurang daripada amaun yang dijamin oleh cagaran yang dikehendaki di bawah langkah sementara, amaun penuh duti anti-lambakan itu hendaklah dikenakan dan amaun lebihan cagaran itu hendaklah dibayar ganti atau dilepaskan.

(7)

Walau apa pun subseksyen (4) dan (5), Kerajaan boleh mengenakan duti anti-lambakan ke atas dagangan subjek yang diimport ke dalam Malaysia dalam tempoh sembilan puluh hari sebelum pemakaian langkah sementara jika—

(a)

Kerajaan mendapati kemudaratan yang sukar dibaiki;

(b)

kemudaratan itu sedang disebabkan oleh pengimportan besar-besaran dagangan subjek dalam tempoh masa yang singkat; dan

(c)

terdapatnya sejarah lambakan yang menyebabkan kemudaratan, atau pengimport sedar atau sepatutnya sedar bahawa pengeksport mengamalkan lambakan dan lambakan sedemikian akan menyebabkan kemudaratan.

(7A)

Tiada duti anti-lambakan boleh dikenakan secara retroaktif di bawah subseksyen (7) ke atas dagangan yang masuk untuk penggunaan sebelum tarikh pemulaan penyiasatan.

46 Undang-undang Malaysia AKTA 504

(8)

Apabila duti anti-lambakan dikenakan ke atas dagangan subjek, duti anti-lambakan sedemikian hendaklah dikenakan mengikut amaun yang sesuai atas dalam setiap hal atas asas tidak berdiskriminasi ke atas kesemua pengimportan dagangan sedemikian ke dalam Malaysia dari Negara yang didapati melambakkan dagangan subjek yang menyebabkan kemudaratan itu.

(9)

Langkah sementara dan duti anti-lambakan muktamad hendaklah hanya dikenakan ke atas dagangan subjek yang masuk untuk penggunaan selepas masa keputusan di bawah subseksyen 24(1) atau 25(4), mengikut mana-mana yang berkenaan, mula berkuat kuasa.

Penamatan penyiasatan

Section 25 — AKTA DUTI TIMBAL BALAS DAN ANTI-LAMBAKAN 1993