Malaysia legislation
Section 26
Seksyen 26
Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 43
(a)
pempetisyen menarik balik petisyen;
(b)
terdapatnya perubahan hal keadaan;
(c)
Kerajaan berpuas hati bahawa tidak ada keterangan yang mencukupi mengenai lambakan atau kemudaratan untuk mewajarkan penerusan penyiasatan itu;
(d)
margin lambakan adalah de minimis atau jumlah pengimportan dagangan subjek, yang sebenar atau mungkin, atau kemudaratan, adalah sedikit sahaja; atau
(e)
Kerajaan menentukan bahawa penamatan penyiasatan itu adalah demi kepentingan awam.
(2)
Jika suatu penamatan menurut subseksyen (1) berlaku sebelum penentuan awal, Kerajaan hendaklah menyiarkan notis mengenai penamatan sedemikian dengan menyatakan sebab bagi penamatan itu.
(3)
Jika suatu penamatan menurut subseksyen (1) berlaku selepas penentuan awal, Kerajaan hendaklah—
Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 47
(a)
menamatkan apa-apa langkah sementara yang disebut dalam seksyen 24 dan melepaskan cagaran yang dikehendaki oleh langkah sedemikian; dan
(b)
menyiarkan suatu notis mengenai penamatan itu dengan menyatakan sebab bagi penamatan itu.
Penggantungan penyiasatan