Malaysia legislation
Section 27
Seksyen 27
(2)
Sebelum menyetuju terima aku janji harga, Kerajaan hendaklah menentukan bahawa—
(a)
aku janji harga itu—
(i)
akan menghapuskan margin lambakan atau kesan kemudaratan yang disebabkan oleh dagangan subjek; dan
(ii)
boleh diawasi dengan berkesan; atau
(b)
aku janji harga itu adalah demi kepentingan awam.
(3)
Aku janji harga tidak boleh diminta atau disetujui terima daripada pengeksport melainkan jika Kerajaan telah membuat penentuan awal afirmatif mengenai lambakan dan kemudaratan yang disebabkan oleh lambakan sedemikian.
(4)
Jika aku janji harga disetuju terima oleh Kerajaan selepas penentuan awal, Kerajaan hendaklah—
(a)
menggantung penyiasatan itu;
(b)
menggantung apa-apa langkah sementara yang terpakai di bawah seksyen 24 dan melepaskan semua atau sebahagian daripada cagaran yang dikehendaki oleh langkah
48 Undang-undang Malaysia AKTA 504
sedemikian sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh
Kerajaan; dan
(c)
menyiarkan suatu notis yang menyatakan sebab bagi penggantungan penyiasatan itu dan tindakan di bawah perenggan (b).
(5)
Walaupun aku janji harga itu disetuju terima, penyiasatan hendaklah diselesaikan di atas permintaan bertulis pengeksport atau jika Kerajaan memutuskan demikian.
(6)
Jika Kerajaan menyelesaikan penyiasatan menurut subseksyen (5), dan membuat suatu penentuan afirmatif, aku janji harga itu hendaklah terus berkuat kuasa konsisten dengan peruntukan Akta ini.
(7)
Jika Kerajaan menyelesaikan penyiasatan menurut subseksyen (5), dan membuat suatu penentuan negatif, aku janji harga itu hendaklah luput, kecuali jika penentuan negatif itu secara besarnya disebabkan oleh kewujudan aku janji harga itu.
(8)
Jika penentuan negatif yang disebut dalam subseksyen (7)
adalah secara besarnya disebabkan oleh kewujudan aku janji harga itu, aku janji harga itu boleh dikekalkan selama tempoh yang munasabah konsisten dengan peruntukan Akta ini.
(8A)
Kerajaan boleh mencadangkan supaya aku janji harga diberikan oleh pengeksport, tetapi tiada pengeksport boleh dikehendaki membuat aku janji sedemikian.
(8B)
Hakikat bahawa pengeksport tidak menawarkan aku janji harga, atau tidak menyetujui terima jemputan untuk berbuat demikian, tidak boleh dengan apa-apa cara menjejaskan pertimbangan hal itu.
(8C)
Walau apa pun subseksyen (8A) dan (8B), Kerajaan hendaklah bebas untuk menentukan bahawa ancaman kemudaratan lebih berkemungkinan berlaku jika pengimportan dagangan subjek berterusan.
(8D)
Kerajaan boleh menghendaki mana-mana pengeksport yang
Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 49
daripadanya aku janji harga te1ah disetujui terima supaya memberikan, secara berkala, maklumat yang berkenaan dengan pemenuhan aku janji itu dan membenarkan penentusahan maklumat yang berkaitan.
(8E)
Ketidakpatuhan subseksyen
(8D)
hendaklah ditafsirkan sebagai pelanggaran aku janji harga.
(9)
Kerajaan boleh memulakan semula suatu penyiasatan tergantung pada bi1a-bila masa jika ia menentukan bahawa aku janji harga yang disetuju terima di bawah subseksyen (1) tidak lagi menepati kehendak subseksyen (2) atau terdapat pencabulan material akan aku janji harga itu.
(10)
Jika Kerajaan memulakan semula suatu penyiasatan menurut subseksyen (9), ia hendaklah mengambil tindakan yang cepat untuk—
(a)
(Dipotong oleh Akta A1046);
(b)
menggunakan langkah sementara bertepatan dengan seksyen 24, jika patut; dan
(c)
membuat penentuan muktamad menurut seksyen 25.
(11)
Kerajaan boleh menggunakan fakta yang ada berkenaan dengan apa-apa penentuan di bawah subseksyen (10) jika pencabulan material akan aku janji harga berlaku.
(12)
Dalam halyang disebut dalam subseksyen (9), Kerajaan boleh mengenakan duti anti-lambakan bertepatan dengan seksyen 25 ke atas dagangan subjek yang diimport ke dalam Malaysia dalam tempoh sembilan puluh hari sebelum pemakaian langkah sementara di bawah subseksyen (10):
Dengan syarat bahawa taksiran retroaktif sedemikian tidak terpakai bagi dagangan subjek yang diimport sebelum pencabulan itu.
50 Undang-undang Malaysia AKTA 504
Jangka masa duti