Malaysia legislation

Section 28

of *AKTA DUTI TIMBAL BALAS DAN ANTI-LAMBAKAN 1993

Seksyen 28

Kajian semula pentadbiran

(a)

margin lambakan telah berubah secara substansial;

(b)

(Dipotong oleh Akta A1046);

(c)

pengenaan duti anti-lambakan tidak lagi perlu;

(d)

aku janji tidak lagi perlu atau patut diubah;

(e)

duti anti-lambakan atau aku janji yang dikehendaki ditamatkan menurut subseksyen (6) patut dikekalkan; atau

(f)

kajian semula pentadbiran adalah demi kepentingan awam,

Kerajaan boleh menjalankan suatu kajian semula pentadbiran:

Dengan syarat bahawa tiada kajian semula pentadbiran boleh dijalankan melainkan jika tempoh yang ditetapkan telah luput.

(2)

Jika Kerajaan memutuskan untuk menjalankan suatu kajian semula pentadbiran di bawah subseksyen (1), Kerajaan hendaklah—

(a)

menyiarkan suatu notis mengenai permulaan kajian semula pentadbiran; dan

Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 51

(b)

menjalankan kajian semula itu, dengan memberi pihak berkepentingan yang berkenaan peluang untuk memberi komen.

(3)

Apa-apa kajian semula pentadbiran yang dijalankan menurut subseksyen (2) hendaklah diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan.

(4)

Apabila kajian semula pentadbiran itu selesai, Kerajaan hendaklah menyiarkan suatu penentuan kajian semula pentadbiran muktamad dengan menyatakan sebab bagi penentuannya itu.

(5)

Apa-apa penentuan yang dibuat menurut subseksyen (4)

hendaklah terpakai bagi dagangan subjek yang diimport pada atau selepas tarikh penyiaran penentuan kajian semula pentadbiran itu.

(6)

Tiada duti anti-lambakan boleh dipungut atas pengimportan yang dibuat selepas lima tahun dari tarikh pengenaannya, atau lima tahun dari tarikh penamatan kajian semula pentadbiran yang terkini di bawah subseksyen (1) yang meliputi lambakan dan kemudaratan kedua-duanya, dan aku janji hendaklah luput secara automatik berkenaan dengan pengimportan yang dibuat selepas lima tahun dari tarikh penyiaran notis penggantungan penyiasatan, melainkan jika

Kerajaan menentukan, dalam suatu kajian semula pentadbiran yang dimulakan sebelum tarikh itu atas daya usaha sendiri Kerajaan atau apabila suatu permintaan yang disokong dengan sewajarnya dibuat oleh atau bagi pihak industri dalam negeri dalam tempoh masa yang munasabah sebelum tarikh itu, bahawa penamatan duti atau aku janji itu berkemungkinan menyebabkan lambakan dan kemudaratan itu berterusan atau berulang.

(7)

Duti anti-lambakan yang dikenakan dengan sewajarnya di bawah Akta ini boleh terus berkuat kuasa sementara menunggu hasil kajian semula pentadbiran di bawah seksyen ini.

(8)

Sesuatu pihak berkepentingan yang mengemukakan maklumat yang berkenaan yang menyokong keperluan bagi kajian semula pentadbiran berhak untuk meminta kajian semula pentadbiran oleh

52 Undang-undang Malaysia AKTA 504

Kerajaan untuk menentukan satu atau lebih daripada satu daripada yang berikut:

(a)

sama ada pengenaan berterusan duti anti-lambakan perlu untuk mengimbangi lambakan;

(b)

sama ada kemudaratan berkemungkinan akan terus berulang jika duti itu dihapuskan atau diubah:

Dengan syarat bahawa tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (6) telah luput sejak pengenaan duti anti-lambakan muktamad itu.

Kajian semula pembayaran balik

Section 28 — AKTA DUTI TIMBAL BALAS DAN ANTI-LAMBAKAN 1993