Malaysia legislation
Section 28A
Seksyen 28A
(2)
Sesuatu permintaan bagi kajian semula pembayaran balik hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada Kerajaan dan hendaklah mengandungi —
(a)
senarai segala kemasukan dagangan subjek ke dalam
Malaysia yang baginya kajian semula pembayaran balik itu diminta; dan
(b)
segala keterangan yang berkenaan untuk menunjukkan bahawa pengimport itu berhak mendapat pembayaran balik bagi setiap kemasukan itu.
(3)
Jika, apabila kajian semula pembayaran balik di bawah seksyen ini selesai, Kerajaan menentukan bahawa —
(a)
pembayaran balik duti anti-lambakan, secara keseluruhannya atau sebahagiannya, adalah patut;
Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 53
(b)
tiada duti anti-lambakan sepatutnya telah dikenakan; atau
(c)
duti anti-lambakan yang dikenakan lebih tinggi daripada duti anti-lambakan yang sepatutnya dikenakan dalam hal keadaan itu,
Kerajaan hendaklah membayar balik apa-apa amaun duti anti-lambakan yang dipungut yang didapatinya patut.
(4)
Pembayaran balik di bawah subseksyen (3) hendaklah, setakat yang dapat dilaksanakan, dibuat dalam masa sembilan puluh hari dari tarikh penentuan kajian semula pembayaran balik itu.
(5)
Sesuatu dapatan dalam kajian semula pembayaran balik itu bahawa tiada duti anti-lambakan sepatutnya telah dikenakan tidaklah sendiri menghendaki Kerajaan supaya menamatkan duti anti-lambakan muktamad itu.
Kajian semula dipercepat