Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA DUTI TIMBAL BALAS DAN ANTI-LAMBAKAN 1993

Seksyen 2

(a)

berhubung dengan subsidi ertinya amaun subsidi itu yang berhubungan dengan pengimportan dari negara yang sedang disiasat itu adalah kurang daripada satu peratus ad valorem; dan

(b)

berhubung dengan lambakan ertinya margin lambakan adalah kurang daripada dua peratus, yang dinyatakan sebagai suatu peratusan daripada harga eksport;

“ditetapkan” ertinya ditetapkan melalui peraturan-peraturan;

“harga eksport”

ertinya harga eksport sesuatu dagangan sebagaimana yang ditentukan mengikut seksyen 17;

“industri dalam negeri” ertinya—

(a)

pengeluar dalam negeri secara keseluruhannya bagi keluaran serupa;

(b)

pengeluar dalam negeri yang pengeluaran kolektifnya bagi keluaran serupa merupakan bahagian yang terbesar daripada jumlah pengeluaran dalam negeri keluaran serupa itu; atau

(c)

jika berkenaan, pengeluar serantau keluaran serupa:

Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 9

Dengan syarat bahawa apabila mana-mana pengeluar yang disebut dalam perenggan (a), (b) dan (c) ada kaitan dengan pengeksport atau pengimport, atau adalah sendiri merupakan pengimport dagangan subjek atau, berhubung dengan Bahagian II, merupakan pengimport keluaran serupa dari negara lain, ungkapan “industri dalam negeri”

boleh ditafsirkan sebagai sebutan mengenai pengeluar lain yang disebut dalam perenggan (a), (b) atau (c), mengikut mana-mana yang berkenaan, selain pengeluar berkaitan atau pengeluar yang merupakan pengimport itu;

“keluaran serupa” ertinya keluaran yang sama atau serupa dari segala segi dengan dagangan subjek atau, jika tidak ada keluaran sedemikian, keluaran lain yang walaupun tidak serupa dari segala segi mempunyai ciri-ciri yang hampir menyerupai dagangan subjek;

“kemudaratan” ertinya kemudaratan material atau ancaman kemudaratan material kepada industri dalam negeri atau kerencatan material penubuhan industri sedemikian;

“Kerajaan” ertinya Kerajaan Malaysia;

“lambakan” ertinya pengimportan dagangan ke dalam Malaysia pada nilai yang kurang daripada nilai normalnya sebagaimana yang dijual di pasaran dalam negeri negara pengeksport;

“langkah sementara” ertinya—

(a)

berhubungan dengan Bahagian II, kehendak untuk memberikan suatu cagaran yang sama dengan anggaran subsidi yang didapati dalam penentuan awal; dan

(b)

berhubungan dengan Bahagian III, kehendak untuk memberikan suatu cagaran yang sama dengan anggaran margin lambakan yang didapati dalam penentuan awal;

“margin lambakan” ertinya amaun yang dengannya nilai normal dagangan melebihi harga eksport;

10 Undang-undang Malaysia AKTA 504

“Menteri”

ertinya

Menteri yang bertanggungjawab bagi perdagangan antarabangsa dan industri;

“negara” termasuklah kesatuan kastam atau wilayah kastam yang mempunyai autonomi penuh dalam menjalankan hubungan perdagangan luarnya dan perkara lain yang diperuntukkan dalam

Perjanjian Pertubuhan Perdagangan Sedunia;

“negara berekonomi bukan pasaran” ertinya mana-mana negara asing yang ditentukan oleh Kerajaan sebagai beroperasi berdasarkan ekonomi yang dirancang secara berpusat dan tidak berdasarkan prinsip pasaran berdasarkan kos atau struktur harga atau ekonomi perusahaan bebas;

“negara pengeksport” ertinya—

(a)

negara eksport dagangan subjek; atau

(b)

dalam hal apabila dagangan subjek tidak dieksportkan secara langsung ke Malaysia tetapi dipindahkan melalui suatu negara perantaraan—

(i)

jika dagangan subjek tidak diubah secara substansial di negara perantaraan itu, negara asal dagangan subjek itu;

(ii)

jika dagangan subjek diubah secara substansial di negara perantaraan itu, negara perantaraan itu;

“nilai normal” ertinya nilai normal sesuatu dagangan sebagaimana yang ditentukan mengikut seksyen 16 atau 19;

“pegawai kastam” mempunyai erti yang sama seperti yang diberikan kepada ungkapan itu di bawah seksyen 2 Akta Kastam 1967

[Akta 235];

“pengeluar” ertinya pengeluar, pengilang atau pemproses;

“pengeluar serantau” ertinya pengeluar dalam negeri keluaran serupa yang terletak dalam pasaran serantau tertentu di dalam

Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 11

Malaysia jika dalam hal keadaan luar biasa terdapat dua pasaran bersaingan atau lebih di dalam Malaysia bagi pengeluaran yang berkenaan dan dalam hal sedemikian, pengeluar keluaran serupa di dalam setiap pasaran boleh dianggap sebagai industri berasingan jika—

(a)

pengeluar di dalam setiap pasaran menjual semua atau hampir semua dagangan yang berkenaan yang dikeluarkan olehnya di dalam pasaran itu; dan

(b)

permintaan di dalam setiap pasaran tidak sehingga apa-apa tahap yang substansial dibekalkan oleh pengeluar dagangan yang berkenaan yang terletak di tempat lain di Malaysia;

“Perjanjian Am mengenai Tarif dan Perdagangan 1994” ertinya

Perjanjian Am mengenai Tarif dan Perdagangan 1994 yang dinyatakan dalam Lampiran 1A kepada Perjanjian Pertubuhan

Perdagangan Sedunia;

“Perjanjian Pertubuhan Perdagangan Sedunia” ertinya Perjanjian

Marrakesh yang Menubuhkan Pertubuhan Perdagangan Sedunia yang dibuat di Marrakesh pada 15 April 1994;

“Pertubuhan

Perdagangan

Sedunia”

ertinya

Pertubuhan

Perdagangan Sedunia yang ditubuhkan oleh Perjanjian Pertubuhan

Perdagangan Sedunia;

“pihak berkepentingan” ertinya—

(a)

pengeluar, pengeksport atau pengimport dagangan subjek;

(b)

persatuan perdagangan atau perniagaan yang sebilangan besar anggotanya ialah pengeluar, pengeksport atau pengimport dagangan subjek;

(c)

kerajaan sesuatu negara yang dalamnya dagangan subjek dikeluarkan atau yang darinya dagangan subjek dieksportkan;

12 Undang-undang Malaysia AKTA 504

(d)

pengeluar keluaran serupa di Malaysia;

(e)

persatuan perdagangan atau perniagaan yang sebilangan besar anggotanya mengeluarkan keluaran serupa di

Malaysia; atau

(f)

mana-mana pihak lain yang didapati patut oleh Kerajaan;

“sedikit sahaja”—

(a)

berhubung dengan tindakan duti timbal balas, dalam hal

Anggota negara membangun, ertinya jumlah pengimportan dagangan subjek, yang sebenar atau mungkin, dari suatu Anggota negara membangun tertentu ke dalam Malaysia menyumbang kurang daripada empat peratus daripada jumlah pengimportan keluaran serupa melainkan jika Anggota-Anggota negara membangun yang secara individu menyumbang kurang daripada empat peratus daripada pengimportan keluaran serupa ke dalam

Malaysia secara keseluruhannya menyumbang lebih daripada sembilan peratus daripada jumlah pengimportan keluaran serupa ke dalam Malaysia; dan

(b)

berhubung dengan tindakan duti anti-lambakan ertinya jumlah pengimportan dagangan subjek, yang sebenar atau mungkin, dari suatu negara tertentu ke dalam Malaysia menyumbang kurang daripada tiga peratus daripada jumlah pengimportan keluaran serupa melainkan jika negara-negara yang secara individu menyumbang kurang daripada tiga peratus daripada pengimportan keluaran serupa ke dalam Malaysia secara keseluruhannya menyumbang lebih daripada tujuh peratus daripada jumlah pengimportan keluaran serupa ke dalam Malaysia.

(2)

(Dipotong oleh Akta A1046).

(3)

Walau apa pun mana-mana peruntukan lain Akta ini, Menteri boleh mengambil kira apa-apa aktiviti yang diiktiraf di bawah obligasi antarabangsa Malaysia sebagai aktiviti yang hendaklah atau tidaklah tertakluk kepada tindakan di bawah Akta ini.

Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 13

(4)

(Dipotong oleh Akta A1046).

(5)

Pihak-pihak hendaklah disifatkan sebagai berkaitan jika —

(a)

satu pihak mengawal pihak yang satu lagi secara langsung atau tidak langsung;

(b)

kedua-dua pihak dikawal oleh suatu pihak ketiga secara langsung atau tidak langsung; atau

(c)

pihak-pihak itu mengawal suatu pihak ketiga bersama-sama secara langsung atau tidak langsung:

Dengan syarat bahawa terdapat alasan untuk mempercayai atau mengesyaki bahawa kesan perhubungan itu ialah untuk menyebabkan pihak yang berkenaan berkelakuan berlainan daripada pihak-pihak tidak berkaitan.

(6)

Satu pihak hendaklah disifatkan mengawal pihak yang satu lagi apabila pihak yang mula-mula disebut itu, menurut undang-undang atau amalan operasinya, berada dalam kedudukan untuk menjalankan sekatan ke atas atau memberi arahan kepada pihak yang kemudian itu.

BAHAGIAN IA

SUBSIDI

Subsidi

Section 2 — AKTA DUTI TIMBAL BALAS DAN ANTI-LAMBAKAN 1993