Malaysia legislation
Section 2A
Seksyen 2A
Bagi maksud Akta ini, “subsidi”, berhubung dengan dagangan yang diimport ke dalam Malaysia, ertinya—
(a)
suatu sumbangan kewangan oleh kerajaan atau perbadanan awam, atau oleh perbadanan swasta yang diamanahkan atau diarahkan oleh kerajaan atau perbadanan awam supaya menjalankan suatu fungsi kerajaan, yang dibuat berkaitan dengan pengeluaran, pengilangan atau pengeksportan dagangan itu dan yang melibatkan satu atau
14 Undang-undang Malaysia AKTA 504
lebih daripada satu daripada yang berikut:
(i)
pemindahan secara langsung dana daripada kerajaan atau perbadanan awam atau perbadanan swasta itu kepada perusahaan yang mengeluarkan, mengilangkan atau mengeksportkan dagangan itu (selepas ini disebut
“perusahaan itu”);
(ii)
pemindahan dana secara langsung yang mungkin dibuat daripada kerajaan atau perbadanan awam atau perbadanan swasta itu kepada perusahaan itu yang bergantung pada berlakunya hal keadaan tertentu;
(iii)
penyetujuterimaan liabiliti perusahaan itu, yang sebenar atau mungkin, oleh kerajaan atau perbadanan awam atau perbadanan swasta itu;
(iv)
pelepasan, atau perbuatan tidak memungut, hasil
(selain pengecualian atau pengurangan yang dibenarkan) yang kena dibayar kepada kerajaan atau perbadanan awam atau perbadanan swasta itu oleh perusahaan itu;
(v)
penyediaan barang atau perkhidmatan oleh kerajaan atau perbadanan awam atau perbadanan swasta itu untuk perusahaan itu selain infrastruktur am;
(vi)
pembelian barang yang disediakan oleh perusahaan itu oleh kerajaan atau perbadanan awam atau perbadanan swasta itu;
(vii)
pembayaran kepada mekanisme pembiayaan oleh kerajaan atau perbadanan awam itu; atau
(b)
apa-apa bentuk pendapatan atau sokongan harga yang dinyatakan dalam Perkara XVI Perjanjian Am mengenai
Tarif dan Perdagangan 1994 yang diterima daripada kerajaan atau perbadanan awam, jika sumbangan kewangan atau pendapatan atau sokongan harga itu memberikan manfaat berhubung dengan dagangan itu.
Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 15
Subsidi dilarang