Malaysia legislation

Section 30

of *AKTA DUTI TIMBAL BALAS DAN ANTI-LAMBAKAN 1993

Seksyen 30

(2)

Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, apa-apa tindakan yang dihendaki dijalankan atau diambil di bawah Akta ini hendaklah dijalankan atau diambil oleh mana-mana orang atau pegawai yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh Menteri.

(3)

Apa-apa dapatan mengenai sesuatu penyiasatan, sama ada bagi maksud penentuan awal atau muktamad, atau suatu kajian semula, di bawah Akta ini, hendaklah dikemukakan kepada Menteri.

(4)

Menteri hendaklah membuat syor kepada Menteri Kewangan yang hendaklah membuat penentuan atau keputusan.

(5)

Pungutan apa-apa duti timbal balas atau anti-lambakan yang dikenakan di bawah Akta ini hendaklah dijalankan oleh seorang pegawai kastam.

(6)

Jika apa-apa soalan berbangkit tentang sama ada apa-apa keluaran tertentu adalah atau tidak termasuk dalam apa-apa pemberitahuan yang diberi di bawah Akta ini, soalan itu hendaklah dirujuk kepada Menteri yang hendaklah memutuskan perkara itu.

Perlindungan pegawai dan orang yang bertindak di bawah arahan pegawai

Section 30 — AKTA DUTI TIMBAL BALAS DAN ANTI-LAMBAKAN 1993