Malaysia legislation
Section 31
Seksyen 31
Tiada tindakan atau pendakwaan boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap mana-mana orang atau pegawai yang diberi kuasa di bawah Akta ini bagi atau atas
56 Undang-undang Malaysia AKTA 504
sebab atau berkenaan dengan apa-apa tindakan yang diperintahkan atau dilakukan bagi maksud menguatkuasakan Akta ini, dan tiada guaman atau pendakwaan boleh dibawa dalam mana-mana mahkamah terhadap mana-mana orang bagi atau atas sebab atau berkenaan dengan apa-apa tindakan yang dilakukan atau berupa dilakukan olehnya di bawah perintah, arahan atau suruhan mana-mana orang atau pegawai sedemikian jika tindakan itu dilakukan dengan suci hati dan dengan kepercayaan munasabah bahawa tindakan itu adalah perlu bagi maksud yang diniatkan untuk dicapai olehnya.