Malaysia legislation

Section 38

of *AKTA DUTI TIMBAL BALAS DAN ANTI-LAMBAKAN 1993

Seksyen 38

Notis mengenai maklumat dan peluang untuk mengemukakan keterangan

(2)

Sebaik sahaja penyiasatan dimulakan, Kerajaan hendaklah memberikan teks penuh petisyen bertulis yang diterima di bawah subseksyen 4(1) atau 20(1), mengikut mana-mana yang berkenaan,

Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 59

kepada pengeksport yang diketahui dan Anggota pengeksport dan hendaklah menyediakannya, apabila diminta, untuk pihak berkepentingan lain yang terlibat, dengan memberikan perhatian wajar kepada perlindungan bagi maklumat sulit.

(3)

Tertakluk kepada kehendak supaya maklumat sulit dilindungi, keterangan yang dikemukakan secara bertulis oleh mana-mana

Anggota berkepentingan atau pihak berkepentingan hendaklah disediakan dengan serta-merta untuk Anggota berkepentingan atau pihak berkepentingan lain yang terlibat dalam penyiasatan itu.

(4)

Kerajaan hendaklah, apabila dapat dilaksanakan, memberikan peluang yang tepat pada masanya untuk semua

Anggota berkepentingan dan pihak berkepentingan melihat segala maklumat yang berkenaan dengan pengemukaan kesnya dengan syarat bahawa maklumat itu tidak sulit dan maklumat itu digunakan oleh Kerajaan dalam penyiasatan itu.

Maklumat sulit

Section 38 — AKTA DUTI TIMBAL BALAS DAN ANTI-LAMBAKAN 1993