Malaysia legislation
Section 39
Seksyen 39
(2)
Sifat sulit sesuatu dokumen tidak boleh digunakan sebagai sebab untuk enggan memberikannya kepada Kerajaan.
(3)
Kerajaan hendaklah bertanggungjawab bagi menjamin kerahsiaan dokumen sedemikian.
(4)
Maklumat sulit tidak boleh dedah tanpa kebenaran bertulis yang spesifik daripada pihak yang mengemukakan maklumat sulit itu.
(5)
Kerajaan hendaklah menghendaki pihak yang memberi maklumat sulit untuk memberikan ringkasan tidak sulit dengan cukup terperinci untuk membolehkan pemahaman munasabah akan isi
60 Undang-undang Malaysia AKTA 504
maklumat sulit itu.
(6)
Sekiranya pihak sedemikian menunjukkan bahawa maklumat sedemikian tidak mudah diringkaskan, suatu pernyataan mengenai sebab mengapa peringkasan tidak dapat dibuat hendaklah diberikan.
(7)
Kerajaan boleh tidak mengendahkan maklumat yang dikemukakan jika—
(a)
Kerajaan mendapati bahawa suatu permintaan untuk kerahsiaan di bawah subseksyen (1) tidak wajar dan pembekal maklumat itu bagaimana pun masih tidak rela untuk mendedahkan maklumat ini atau untuk membenarkan pendedahannya dalam bentuk am atau ringkasan melainkan jika dapat ditunjukkan daripada sumber yang sepatutnya sehingga Kerajaan berpuas hati bahawa maklumat itu betul.
(b)
ringkasan tidak sulit yang dikehendaki di bawah subseksyen (5) tidak cukup perinciannya; atau
(c)
alasan yang diberikan untuk tidak memberikan ringkasan tidak sulit di bawah subseksyen (6) tidak disifatkan mencukupi dan pihak yang membekalkan maklumat itu bagaimana pun masih enggan memberi ringkasan tidak sulit.
Penentusahan maklumat