Malaysia legislation

Section 11

of AKTA FRANCAIS (PINDAAN) 2020

Seksyen 11

Seksyen 14 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan

“broker francais” perkataan “atau konsultan francais”;

(b)

dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perenggan (a)

dengan perenggan yang berikut:

“(a) dengan mengemukakan permohonan dalam apa-apa bentuk yang ditentukan oleh Pendaftar berserta dengan fi yang ditetapkan; dan”;

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:

“(3a) Apabila meluluskan permohonan di bawah subseksyen (1), Pendaftar boleh menghendaki pemohon untuk membayar apa-apa jumlah fi yang ditetapkan.”;

(d)

dengan memotong subseksyen (5a) dan (5b); dan

Francais (Pindaan)

(e)

dengan memasukkan selepas subseksyen (6) subseksyen yang berikut:

“(7)  Mana-mana broker francais atau konsultan francais yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit.”.

Seksyen baharu 14a dan 14b

Section 11 — AKTA FRANCAIS (PINDAAN) 2020 | mylaw.my