Malaysia legislation

Section 12

of AKTA FRANCAIS (PINDAAN) 2020

Seksyen 12

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 14

seksyen yang berikut:

“Pembaharuan pendaftaran broker francais atau konsultan francais 14a.  (1)  Seseorang broker francais yang masih menjalankan perniagaannya sebagai broker francais atau seseorang konsultan francais yang masih memberikan perkhidmatannya sebagai konsultan francais hendaklah memohon kepada Pendaftar bagi pembaharuan pendaftarannya sebagai broker francais atau konsultan francais, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam apa-apa bentuk yang ditentukan oleh Pendaftar berserta dengan fi yang ditetapkan dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh habis tempoh pendaftaran itu.

(2)

Suatu kelulusan bagi permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh dijadikan tertakluk kepada apa-apa syarat yang dikenakan oleh Pendaftar.

(3)

Apabila meluluskan permohonan di bawah subseksyen (1),

Pendaftar boleh menghendaki pemohon untuk membayar apa-apa jumlah fi yang ditetapkan.

(4)

Subseksyen 14(5) hendaklah terpakai bagi tempoh berkuat kuasa pendaftaran broker francais atau konsultan francais yang dibaharui di bawah seksyen ini.

(5)

Mana-mana broker francais atau konsultan francais yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit.

Undang-Undang Malaysia 10

Akta A1617

Mempamerkan pendaftaran broker francais atau konsultan francais 14b. (1)  Broker francais atau konsultan francais hendaklah pada setiap masa mempamerkan pendaftaran broker francais atau konsultan francais, mengikut mana-mana yang berkenaan, di suatu kedudukan yang mudah dilihat di tempat broker francais itu menjalankan perniagaannya atau konsultan francais itu memberikan perkhidmatannya.

(2)

Mana-mana broker francais atau konsultan francais yang tidak mematuhi seksyen ini melakukan suatu kesalahan.”.

Pindaan seksyen 15

Section 12 — AKTA FRANCAIS (PINDAAN) 2020 | mylaw.my