Malaysia legislation

Section 23

of AKTA FRANCAIS (PINDAAN) 2020

Seksyen 23

Seksyen baharu 48a, 48b, 48c dan 48d

seksyen yang berikut:

“Pelucuthakan buku yang disita, dsb.

Quoted provision

Seksyen 48a

(2)

Suatu perintah bagi melucuthakkan atau melepaskan apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda yang disita di bawah Akta ini hendaklah dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan berkenaan dengannya telah dijalankan dan suatu perintah bagi melucuthakkan buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda itu hendaklah dibuat jika dibuktikan dengan memuaskan hati mahkamah bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda itu ialah hal perkara atau telah digunakan dalam melakukan kesalahan itu walaupun tiada orang telah disabitkan atas kesalahan itu.

(3)

Jika tiada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda yang disita di bawah

Akta ini, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda itu hendaklah dikira dan disifatkan telah dilucuthakkan apabila habis tempoh satu bulan kalendar dari tarikh buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda itu disita melainkan jika suatu tuntutan ke atasnya dibuat sebelum tarikh itu mengikut cara yang dinyatakan dalam subseksyen (4), (5) dan (6).

(4)

Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda yang disebut dalam subseksyen (3) dan bahawa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat,

Undang-Undang Malaysia 14

Akta A1617

risalah, peranti atau benda itu tidak boleh dilucuthakkan boleh dengan sendirinya atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis memberikan notis bertulis kepada pegawai diberi kuasa mengenai tuntutannya.

(5)

Apabila diterima notis itu di bawah subseksyen (4), pegawai diberi kuasa hendaklah merujukkan tuntutan itu kepada Pendaftar yang boleh mengarahkan supaya buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda itu dilepaskan atau dilucuthakkan, atau boleh mengarahkan pegawai diberi kuasa supaya merujukkan perkara itu kepada suatu mahkamah untuk keputusan.

(6)

Mahkamah yang kepadanya perkara itu dirujukkan hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda itu dan orang yang daripadanya buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda itu telah disita supaya hadir di hadapan mahkamah dan apabila dia hadir atau tidak hadir, selepas dibuktikan bahawa saman itu telah disampaikan dengan sewajarnya, mahkamah hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu dan apabila dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda itu ialah hal perkara kesalahan itu atau telah digunakan dalam melakukan kesalahan itu, hendaklah memerintahkan supaya buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda itu dilucuthakkan atau boleh, jika tidak dibuktikan sedemikian, memerintahkan supaya buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda itu dilepaskan kepada orang yang berhak kepadanya.

(7)

Apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda yang dilucuthakkan atau disifatkan dilucuthakkan hendaklah diserahkan kepada pegawai diberi kuasa yang akan melupuskannya mengikut arahan Pendaftar.

Francais (Pindaan)

(8)

Jika apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda yang disita di bawah Akta ini merupakan barangan yang mudah musnah sifatnya atau jika penjagaan buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda itu melibatkan perbelanjaan yang tidak munasabah dan kesulitan, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda itu boleh dijual oleh pegawai diberi kuasa pada bila-bila masa dan hasil jualan itu dipegang oleh pegawai diberi kuasa untuk mematuhi keputusan apa-apa pendakwaan atau tuntutan di bawah seksyen ini, atau untuk dilupuskan mengikut peruntukan seksyen ini.

Pelepasan buku yang disita, dsb.

Quoted provision

Seksyen 48b

(2)

Suatu rekod secara bertulis hendaklah dibuat oleh pegawai diberi kuasa yang melakukan pelepasan itu bagi apa-apa perkara di bawah subseksyen (1) dengan menyatakan secara terperinci hal keadaan dan sebab bagi pelepasan itu, dan dia hendaklah menghantar suatu salinan rekod itu kepada

Pendakwa Raya dalam tempoh tujuh hari dari pelepasan itu.

Undang-Undang Malaysia 16

Akta A1617

Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan balik 48c. Tiada seorang pun, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda yang disita pada menjalankan atau yang berupa sebagai menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak kepada kos prosiding itu atau kepada apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.

Ganjaran bagi maklumat 48d. Dalam hal sabitan yang melibatkan denda, mahkamah yang mengenakan denda itu boleh, atas permohonan pegawai pendakwa, mengarahkan pembayaran mana-mana bahagian denda itu mengikut perkadaran yang difikirkan patut oleh mahkamah tetapi dalam apa-apa hal tidak melebihi setengah daripada denda itu kepada orang yang memberikan maklumat yang membawa kepada sabitan itu.”.

Pindaan seksyen 54

Section 23 — AKTA FRANCAIS (PINDAAN) 2020 | mylaw.my