Malaysia legislation

Section 24

of AKTA FRANCAIS (PINDAAN) 2020

Seksyen 24

Seksyen 54 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan

“mengemukakan permohonan kepada Pendaftar”

dengan perkataan “memohon kepada Pendaftar dengan mengemukakan permohonan dalam apa-apa bentuk yang ditentukan oleh Pendaftar berserta dengan fi yang ditetapkan”; dan

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:

“(4)  Apabila meluluskan permohonan di bawah subseksyen (1), Pendaftar boleh menghendaki pemohon untuk membayar apa-apa jumlah fi yang ditetapkan.”.

Francais (Pindaan)

17

Pindaan seksyen 60

Section 24 — AKTA FRANCAIS (PINDAAN) 2020 | mylaw.my