Malaysia legislation

Section 6

of AKTA HAKMILIK STRATA (PINDAAN) 2016

Seksyen 6

Seksyen baharu 4c

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 4b seksyen yang berikut:

“Permulaan kuat kuasa cukai bagi petak atau blok sementara, dsb.

Quoted provision

Seksyen 4c

(2)

Apabila mula berkuat kuasa pelaksanaan cukai bagi petak atau blok sementara di mana-mana Negeri—

(a)

peruntukan Bahagian IVa hendaklah terpakai;

(b)

peruntukan bagi Akta ini hendaklah—

(i)

setakat mana peruntukan itu berkait dengan tatacara bagi pelaksanaan cukai bagi petak atau blok sementara dan untuk maksud yang berkaitan dengannya; dan

(ii)

setakat mana peruntukan itu berkait dengan endorsan yang perlu dibuat atau perkara lain bersampingan dengannya untuk menguatkuasakan cukai bagi petak atau blok sementara, kepada dokumen hakmilik strata atau daftar strata, dibaca dengan ubah suaian, pindaan, penambahan, pemotongan, penggantian atau penyesuaian sebagaimana yang diperuntukkan dalam Bahagian IVa.”.

Pindaan seksyen 8

Section 6 — AKTA HAKMILIK STRATA (PINDAAN) 2016 | mylaw.my