Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
Seksyen 8 Akta ibu dipinda—
(a)
dalam perenggan 8(2)(b), dengan menggantikan perkataan
“pengeluaran perakuan siap dan pematuhan” dengan perkataan “bangunan siap”;
Undang-Undang Malaysia 6
Akta A1518
(b)
dalam perenggan 8(2)(c), dengan menggantikan perkataan
“pengeluaran perakuan siap dan pematuhan” dengan perkataan “bangunan siap”;
(c)
dengan menggantikan subseksyen (8) dengan subseksyen yang berikut:
“(8) Pemilik asal yang melakukan kesalahan di bawah subseksyen (7) hendaklah, apabila disabitkan—
(a)
didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak kurang daripada satu ratus ringgit tetapi tidak lebih daripada satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan; dan
(b)
mahkamah boleh memerintahkan pemilik asal untuk memohon pecah bahagi bangunan atau tanah dalam tempoh yang dinyatakan dalam perintah itu.”; dan
(d)
dengan memasukkan selepas subseksyen (8) subseksyen yang berikut:
“(9) Bagi maksud perenggan (2)(b), (c), (d) dan (e), tarikh yang sesuatu bangunan itu siap atau telah siap hendaklah pada tarikh perakuan siap dan pematuhan dikeluarkan, diperakui oleh mana-mana pihak berkuasa tempatan sebagai layak diduduki atau digunakan, atau diperakui mengikut peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa.”.
Pindaan seksyen 8a